23 April 2009

MAJLIS MAKAN MALAM JPAM UNIT UITM PAHANG

Telah diadakan majlis makan malam JPAM Unit UiTM Pahang, bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang. Majlis ini diadakan pada 9.00 malam pada tarikh 10 April 2009. Para komander yang telah dibahagikan tugas telah menjalankan tugas dengan jayanya bagi menjalankan majlis ini. Majlis ini diadakan di Hotel Seri Malaysia dengan pertama kalinya diadakan di luar kampus UiTM Pahang.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan mantan-mantan yang bakal menamatkan pengajian mereka di UiTM Pahang, selain memberikan sijil penghargaan kepada mantan dan juga para jurulatih yang tidak mengenal erti penat untuk mengajar ilmu-ilmu yang berguna kepada Komander UiTM Pahang dan juga pelajar Ko Kurikulum Pertahanan Awam UiTM Pahang.
Pada petang 10 April 2009, komander dari bahagian persiapan tempat telah bergerak awal ke hotel tersebut untuk menyiapkan dan menghias sedikit tempat tersebut. Setelah siap, komander menunggu sehingga waktu 8.30 malam untuk menyambut ketibaan jurulatih dan komander-komander yang lain. Tetapi pada pukul 7.30 malam, bekalan elektrik terputus di kawasan Temerloh. Komander yang berada disitu sangat resah mengenangkan perkara yang berlaku, termasuklah pihak pengurusan hotel tersebut. Syukur pada tuhan, pada pukul 8 malam, bekalan elektrik disambung seperti biasa.
Tepat pukul 9.00 malam, majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh RSM Muhammad Solahuddin. Pengacara majlis pada malam itu ialah KMRM Muhammad Zulfahmi B Mesran dan KMRM Haziqah bt Md Nasir. Kemudian, penyelaras KO JPAM Unit UiTM Pahang, Lt. Muda (PA) Sairun Aripin b Idon memberikan ucapan yang amat bermakna pada para komander sekalian.
Setelah itu, makan malam pun bermula dan diselingkan sekali dengan sedikit aktiviti seperti cabutan bertuah, penyampaian sijil dan persembahan khas dari bakal komander. Setelah itu, sambutan hari lahir pada mereka yang lahir pada bulan april pula menyusul, mereka ialah Lt. Muda (PA) Muhammad Nursyazwi b Abd Majid, KMK Norkhairuzan bt Saharuddin dan BK Norsyawalna bt Mohamed Kamil. Sesi bergambar pula menyusul sebelum acara majlis tamat dengan rasminya. Kami pulang ke UiTM Pahang, pada pukul 12 tengah malam.

MALAM ASPIRASI KEBUDAYAAN DAN SUKAN INTEGRASI KO MAHASISWA (MAKSIMA 09)

Pada tarikh 14, 15 dan 17 hb telah diadakan satu aktiviti bersama antara unit2 KO iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia unit UiTM Pahang (JPAM), Kesatria Negara, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Brass Band. Aktiviti tersebut adalah Malam Aspirasi Kebudayaan dan Sukan Integrasi KO Mahasiswa ataupun nama pendeknya MAKSIMA. Kesemua pelajar KO dari semester 1 dan semester 2 dan Para komander dari ketiga-tiga unit ko telah terlibat dalam program ini. MAKSIMA adalah sebuah program untuk pelajar semester 1 dan semester 2. Sebagai penuntut yang masih baru di UiTM Pahang , mereka masih belum terdedah dengan suasana kampus. UiTM Pahang sendiri berhasrat untuk melahirkan siswa siswi yang menyeluruh dari segi akademik, sukan dan personaliti. Sukan dan aktiviti yang bakal dianjurkan ini amat bertepatan dengan hasrat tersebut dalam membantu pihak universiti melahirkan siswa siswi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, program ini dapat lagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kesemua unit-unit ko dalam UiTM Pahang.
MAKSIMA juga dianjurkan secara bergilir-gilir, dimulai dengan Unit Kesatria Negara dan pada tahun ini Bulan Sabit Merah Malaysia pula menjadi pengelola. MAKSIMA terdiri daripada 2 bahagian iaitu sukan dan malam kebudayaan. Aktiviti Sukan telah diadakan pada 14 dan 15 hb bertempat di Kompleks Sukan UiTM Pahang. Pada awal pagi, tepat 8.00 am, dimulakan dengan acara senamrobik diketuai oleh BSMM. Kemudian, acara sukan yang terdiri dari 3 permainan iaitu, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar. Pada acara sukan, JPAM unit UiTM Pahang berjaya mendapat kemenangan majoriti.
Pada 17hb pula, aktiviti Malam Kebudayaan menyusul. Unit KO masing-masing perlu membuat persembahan mengikut acara yang telah diundi. JPAM unit UiTM Pahang telah diundi untuk membuat persembahan boria. JPAM unit UiTM Pahang, berjaya mendapat tempat ketiga pada acara persembahan kebudayaan. Pada malam itu juga, telah diadakan acara penyampaian hadiah dan persembahan multimedia. Tempat pertama bagi acara keseluruhan jatuh kepada unit Kesatria Negara, kedua Bulan Sabit Merah Malaysia, Ketiga JPAM unit UiTM Pahang dan keempat Brass Band.
Keseluruhannya, aktiviti ini berjaya dijalankan dengan lancar dan tanpa banyak halangan-halangan besar. Pada tahun hadapan pula, JPAM unit UiTM Pahang pula akan menjadi pengelola bagi program ini. Diharap kan agar para komander JPAM unit UiTM Pahang dan juga para komander dari unit-unit lain dapat memberikan kerjasama lantas dapat menjadikan objektif MAKSIMA tercapai dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kerana berjaya menganjurkan program ini dengan baik sekali. Diharapkan pada masa-masa akan datang, acara seperti ini dapat berjalan dengan baik dan lancar sekali.
TAHNIAH KEPADA SEMUA KOMANDER KOKURIKULUM UiTM PAHANG DIATAS KERJASAMA YANG MEMBANGGAKAN DALAM MENGANJURKAN MAKSIMA INI. DIHARAP KERJASAMA YANG SAMA DICURAHKAN PADA MAKSIMA AKAN DATANG.

01 April 2009

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER JPAM UNIT UITM PAHANG SIRI 1/2009

Latihan Intesif bakal komander JPAM Unit UiTM Pahang ini telah diadakan pada 18 Mac 2009, selaras dengan tujuan JPAM Unit UiTM Pahang itu sendiri iaitu untuk menyediakan pelapis dan menyediakan komander untuk membantu para jurulatih ketika pembelajaran ko-kurikulum dan membantu Jabatan Pertahanan Awam untuk mencapai objektifnya iaitu melatih orang awam.
Latihan ini merupakan modul latihan yang pertama kali diadakan. Terdapat 5 unit yang terdiri dari para komander sendiri iaitu Kawad Kaki, Basic Life Support, Pertolongan Cemas dan Menyelamat Teknikal, Mengawal Kebakaran, Tali Menali dan Usungan. Latihan ini telah diadakan selama 5 hari bermula hari rabu.
Pada hari rabu pukul 5.15 petang, bermulanya latihan ini secara rasmi, dan dikelolakan oleh unit kawad kaki diketuai oleh RSM Muhammad SOlahuddin. Para bakal komander telah diajar asas-asas dalam kawad kaki. Latihan ini bersambung pada hari khamis dan jumaat pada waktu yang sama.
Pada hari Sabtu pukul 7.30 am, sekali lagi unit kawad kaki mengelola slot ini. Pada masa ini, para bakal komander diajar untuk mengawadkan skuad. Latihan ini berjalan selama 3 jam. Selepas itu Slot Basic Life Support pula mengambil alih. Slot ini dikelolakan oleh unit BLS diketuai oleh KMRK Izatul Faizah. Slot ini diisi dengan asas-asas basic life support iaitu CPR dan Choking. Slot ini berjalan selama 2 jam dan berhenti pada 12.45 tengahari. Pada pukul 2.30 petang, slot Tali Menali dan Usungan pula menyusul, dikelola oleh Unit Tali & Usungan yang diketuai oleh KMK Mohd Haris. Slot ini diisi dengan asas-asas ikatan tali dan mengikat mangsa di usungan. Slot ini berlangsung selama 2 jam. Berakhirnya slot ini, bermakna berakhirlah Latihan Intensif Bakal Komander pada hari sabtu.
Pada hari Ahad pukul 7.30 am, Unit Kawad pula mengisi slot. Para bakal komander mengulangkaji kembali asas-asas kawad dan mengawadkan skuad. Slot ini berlangsung selama 3 jam. Kemudian Slot pertolongan cemas & Menyelamat teknikal pula menyusul diketuai oleh KMRK Nazifah. Bakal Komander diajar tentang asas-asas pertolongan cemas seperti balutan.  Latihan ini berjalan selama 2 jam. Kemudian berhenti berehat. Pada pukul 2.30 petang slot Mengawal Kebakaran pula menyusul diketuai oleh Sarjan Zulfazli. Para bakal komander diajar tentang asas-asas mengawal kebakaran, kawad basah, membawa hos dan sebagainya. Slot ini berlangsung selama 2 jam. Selepas itu, slot ujian Kawad Kaki pula menyusul. Bakal Komander diuji untuk mengawadkan skuad. Ujian ini berakhir pada 6.30 petang. Kemudian acara bergambar komander bersama bakal komander pula diadakan sebagai kenangan. Berakhirnya slot ini menandakan Latihan Intensif Bakal Komander JPAM unit UiTM Pahang berakhir secara rasmi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails