19 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dari JPKPA UiTM Pahang


Jawatankuasa Perwakilan Komander JPAM Unit UiTM Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UiTM Pahang dan kepada semua pembaca Jurnal JPAM.

15 September 2009

MALAM AMBANG MERDEKA 2009

Seperti kebiasaan malam merdeka, satu sambutan iaitu perarakan pasti akan diadakan. Seramai 17 orang komander JPAM telah terlibat dalam perarakan itu. 
Pada petang 30 Ogos, satu raptai penuh diadakan. Perarakan ini diketuai oleh Komander dari KESATRIA. Para komander diarahkan unutk berarak sambil membawa bendera Malaysia. Selesai raptai, komander diarah kan untuk datang ke DSG tepat pukul 9.00 pagi.
Pada pukul 9 pagi, semua komander telah bersedia di hadapan DSG. Sebelum acara dimulakan, sesi pemanasan badan diadakan. Komander diarahkan berkawad sebelum acara dimulakan. Bagi memastikan sambutan ini berjalan dengan sempurna, satu lagi raptai diadakan dimana semua komander diarahkan untuk naik ke pentas bersama 52 bendera Malaysia yang melambangkan 52 tahun kita merdeka.
Menjelang detik 12 malam, semua komander diarahkan untuk bersedia. Pada jam 11.55 malam, semua komander bersedia di belakang pentas. Dan tepat 12 malam, sorakan dan laungan merdeka disertai dengan jalur-jalur gemilang menggamitkan kemeriahan dan semangat di dalam DSG. 
Dengan komitmen yang sepenuhnya telah diberikan, perarakan itu telah berjaya dilaksanakan tanpa masalah.
Semoga semua rakyat Malaysia mendapat keberkatan dari Allah sempena malam yang penuh bermakna ini.

14 September 2009

LATIHAN INTENSIF KOMANDER JPAM UITM PAHANG KALI 3/2009

Pada 2 Ogos2009,satu lagi latihan itensif diadakan. Latihan ini diadakan di hadapan DSG. Latihan intensif merupakan latihan rutin bagi komander JPAM UiTM Pahang yang dilakukan setiap hari minggu bagi meningkatkan tahap kemahiran masing-masing. Latihan intensif tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja tetapi merangkumi semua kemahiran yang terdapat JPAM seperti Mengawal Kebakaran, Pertolongan Cemas, Penyelamat teknikal dan lain-lain lagi.Latihan kali ini lebih tetumpu kepada pembelajaran silibus kokurikulum pelajar.
Latihan kali ini lebih tertumpu kepada latihan kawad kaki dimana latihan telah diketuai oleh Sarjan Solahuddin. Semua komander diberi tunjuk ajar tentang kawad. Dengan komitmen 100% yang diberikan, latihan kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

13 September 2009

LAWATAN MUHIBAH KE SHAH ALAM


Pada 29 Ogos 2009, JPAM unit UiTM Pahang telah membuat kunjungan ke Shah Alam bagi satu lawatan muhibah ke sana. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara JPAM unit UiTM Pahang dengan JPAM Shah Alam. 
Semua komander JPAM terlibat dalam lawatan bermakna ini. Bas bertolak pada pukul 9 pagi. Bacaan doa mengiringi perjalanan kami. Kami selamat tiba tepat jam 12 tengahhari. Kami dibawa ke seluruh kampus induk itu.
Oleh kerana kami tiba terlalu awal, komander-komander dibenarkan untuk bersiar-siar dahulu sebelum majlis dimulakan. Tepat jam 2.30 petang, kami dibawa ke masjid negeri untuk mendirikan solat zuhur. Tepat jam 3.00 petang, kami tiba di UiTM Shah Alam.
Kami tidak menyangka akan disambut dengan meriah. Kami dibawa ke dewan kuliah bagi memulakan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diaminkan oleh Komander JPAM Shah Alam. Selepas itu, majlis dimulkan dengan pengenalan JPAM Shah Alam kepada JPAM Pahang. Selepas itu, unit RESQ pula memperkenalkan diri. 
Kami berehat sebebtar bagi memberi ruang untuk bersolat. Majlis disambung dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan dikemukan oleh kedua-dua pihak. Banyak benda yang ditanya bagi menjelaskan lagi apa yang tersurat di kepala. 
Kami amat bertuah kerana diberi peluang berbuka puasa bersama-sama mereka. Selesai berbuka dan solat maghrib, sesi fotografi diadakan. Walaupun tak sampai sehari kami bertemu, hubungan kami seolah-olah telah lama terjalin. Sebelum kami pulang, cenderahati diberikan kepada pihak Shah Alam yang disampaikan oleh penyelaras JPAM unit UiTM Pahang, LTM (PA) Sairun Aripin Idon.
Lawatan ini amat bermakna kepada semua komander JPAM. Ini kerana, selain dapat mengenali komander dari unit UiTM Shah Alam, komader juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti disana. Kami berharap, lawatan seperti ini dapat dijalankan di lain waktu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails