16 April 2010

MAKSIMA RAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PELAJAR KO

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SATU JPAM,


Pada 20,21 dan 22 Mac 2010, Sukan Integrasi Antara Ko dan Malam Aspirasi Mahasiswa (MAKSIMA) telah dianjurkan. Sukan ini bertujuan merapatkan lagi ukhuwah antara pelajar ko selain menggilap bakat-bakat yang ada pada pelajar ko. Sukan ini menggabungkan semua pelajar ko dari semua Unit Beruniform dimana melibatkan Kesatria,BSMM,JPAM dan BRASSBAND. Edisi kali ini diketuai oleh Komander JPAM dimana pengarah program yang dilantik adalah YDP JPAM sendiri, Komander Fahmi. Aktiviti ini diadakan selama 3 hari dimana 2 hari adalah untuk acara sukan dan satu malam diperlukan bagi majlis penutup dan persembahan kebudayaan.

Pada hari pertama, iaitu 20 Mac 2010, Sabtu, aktiviti telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diadakan di dataran integrasi. Walaupun hujan turun, namun ia tidak memberi kesan kepada kemeriahan aktiviti ini. Selepas senamrobik, semua pelajar ko diminta ke Kompleks Sukan untuk memulakan acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal (laki dan wanita), Bola Tampar (lelaki) dan Bola Jaring. Perlawanan diadakan secara timbal balik.Disebabkan semuanya berjalan dengan lancar, semua acara pada pagi itu telah tamat lebih awal dari yang dijangka.Sesi pagi telah ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari dan disambung pada pukul 2.15pm bagi acara akhir.














Pada hari kedua, sedikit perubahan dilakukan. Raptai unutk malam kebudayaan telah diadakan. Ini bagi melancarkan lagi malam penutup dan kebudayaan nanti. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar ko, hari ke-2 juga telah disempurnakan dengan baik.













Pada 22 Mac 2010, tepat pukul 8pm, semua pelajar ko telah berkumpul di dataran integrasi. Ini bagi memeriahkan lagi malam kebudayaan dan penutup bagi MAKSIMA. Pada malam itu, pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar ko. Semuanya menunjukkan bakat yang selama ini terpendam tanpa di serlahkan. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar dan tirai MAKSIMA telah ditutup dengan jayanya. Semoga edisi akan datang menjadi lebih baik dari edisi kali ini.


Dan kepada semua pelajar Ko, diucapkan ribuan terima kasih kerana dengan kerjasama yang diberikan, MAKSIMA kali ini berjaya disempurnakan dengan izin-Nya. Kepada yang menang, diucapkan tahniah dan yang kurang bernasib baik, cuba lagi edisi akan datang.
Sekian, terima kasih.

SEDIA,PANTAS,BERINTEGRITI
JPAM UNTUK SEMUA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails