13 April 2011

MAJLIS MAKAN MALAM DAN MAJLIS PERPISAHAN KOMANDER SISPA UNIT UiTM PAHANG

Pada 8 April 2011, telah diadakan satu Majlis yang dinamakan Majlis Makan Malam Dan Majlis Perpisahan Komander Sispa unit UiTM Pahang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Majlis ini dan bakal komander telah dibahagikan tugas masing-masing untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan mantan-mantan yang bakal menamatkan pengajian mereka di UiTM Pahang.

Pada petang hari, sebelum berlangsungnya majlis makan malam, para komander dibahagikan tugas-tugas mereka dalam bahagian persiapan tempat untuk membersihkan dan mengemaskan sedikit sebanyak kawasan tersebut. Pada jam 8.15 malam, div-div jemputan telah hadir ke majlis tersebut dengan menunggu semua komander dan bakal komander hadir untuk meriahkan majlis tersebut. Sejurus selepas itu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh bakal komander iaitu Muhamad Wali Yuddin Bin Hamzah. Pengacara majlis pada malam tersebut ialah Komander Najiah Binti Mohd Bohri dan Komander Muhammad Fathi Yakan Bin Naseridin. Selepas itu, ucapan sepatah dua kata yang dimulakan dengan penyelaras KO JPAM Unit UiTM Pahang, Lt. Muda (PA) Sairun Aripin Bin Idon, YDP Komander Khairulanwar Bin Abdul Karim, dan akhir sekali Mantan YDP Komander Khairul Hafizuddin Bin Abdul Rahman yang telah memberikan ucapan yang amat bermakna pada para komander sekalian. Setelah itu, makan malam pun bermula dan diselingkan sekali dengan pemberian sijil-sijil seperti sijil penghargaan berkhidmat dalam organisasi JPAM unit UiTM Pahang untuk mantan-mantan dan para komander laksanakan dan juga sijil perlantikan KOMANDER KOR SISPA UNIT UiTM PAHANG. Sementara itu, mantan-mantan komander telah memberikan satu cendera hati kepada para jurulatih yang tidak mengenal erti penat lelah dengan memberikan ilmu-ilmu yang berguna kepada Komander UiTM Pahang dan juga pelajar Ko Kurikulum Pertahanan Awam UiTM Pahang. yang memberikan tunjuk. Selain itu, sedikit sebanyak aktiviti telah dilaksanakan seperti cabutan bertuah dan persembahan khas dari para komander baru dan bakal komander. Para komander juga telah merancang suatu kejutan kepada mantan-mantan komander dengan sebuah kek untuk menyambut ulang tahun memeganag jawatan sebagai komander hingga tamat pengajian. Sesi bergambar pula menyusul sebelum majlis tamat.
Sekian, Terima Kasih.











09 April 2011

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM BAHAGIAN 3 JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Pada 1 – 3 April 2011, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang telah melaksanakan satu perkhemahan kokurikulum bahagian 3 yang telah diadakan di PULAPA Jengka, Pahang. Ia adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dengan mengadakan latihan amali bagi pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3.

Perkhemahan ini dilakukan bersama jurulatih-jurulatih dari PULAPA yang dibantu oleh komander-komander Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang. Perkhemahan ini dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan berpandangan luas disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran bagi menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perkhemahan ini adalah aktiviti wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132) yang dianggotai seramai 45 orang. Perkhemahan tersebut telah menjalankan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh komander JPAM yang terlatih. Selain itu, aktiviti yang dijalankan di perkhemahan kokurikulum bahagian 3 seperti aktiviti simulasi yang dilakukan pada hari ahad 3 April 2011 jam 4 pagi yang melakukan satu lakonan yang dilakukan oleh setiap komander-komander JPAM seperti watak mangsa kebakaran, mangsa sakit, keluarga mangsa, pemberita, menteri dan orang gila. Aktiviti ini mempunyai markah tersendiri yang dinilai oleh komander JPAM. Dengan perkhemahan ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar kokurikulum bahagian 3, Komander JPAM serta jurulatih dari PULAPA Jengka. Alhamdulillah, perkhemahan kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini telah berjalan dengan lancar sekali.

Sekian, Terima Kasih.









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails