26 Jun 2011

PROGRAM KARNIVAL MAHASISWA 2011

Pada 17 hingga 19 Jun 2011, Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang atau nama sinonimnya adalah Jawatan Kuasa Perwakilan Komander SISPA unit UiTM Pahang akan mengadakan suatu program yang diberi nama Program Karnival Mahasiswa 2011 (KASIMA) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Pahang yang merupakan salah satu aktiviti utama UiTM Pahang pada setiap semester termasuk semester kali ini. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan disamping mendedahkan lagi JPAM kepada masyarakat universiti terutamanya para pelajar UiTM Pahang. Selain itu, aktiviti ini bukan sahaja bertujuan melatih dan mendedahkan Pegawai Kadet SISPA dan juga semua dalam melakukan aktiviti yang melibatkan masyarakat, program ini yang bakal disertai oleh Pegawai Kadet SISPA sendiri dan juga jurulatih dari PULAPAT Jengka yang akan mengeratkan lagi keserasian semasa bertugas dalam kumpulan. Aktiviti ini juga merangkumi sebahagian besar aktiviti yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Perwakilan Komander SISPA bagi sesi semester kali ini. Aktiviti ini akan diadakan di sekitar Dewan Serbaguna UiTM Pahang dan dijalankan selama 2 malam.

Dengan pelaksanaan aktiviti ini juga diharap dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara Pegawai Kadet SISPA serta jurulatih dari PULAPAT Jengka dan bersama para pelajar UiTM Pahang. Semoga dengan pelaksanaan aktiviti ini, akan melahirkan lagi mahasiswa-mahasiswi yang berkemahiran, berintegriti dan cekap bagi menjamin masa depan agama, bangsa dan negara. Semua Pegawai Kadet SISPA berasa bersyukur atas perjalan yang dilalui bersama. Alhamdulilah, program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekali.

Sekian, Terima Kasih.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails