05 November 2013

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1435H


Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kami warga daripada Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UiTM cawangan Pahang panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita diberi peluang meraikan Sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah. Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
Marilah kita berdoa supaya kehidupan pada tahun 1435 Hijrah ini untuk menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta segala dosa diampunkan olehNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat. Insyallah kita akan diberkhati dan dilimpahi rezeki serta dirahamati hingga keakhir hayat.

Disini terdapat lirik nasyid maal hijrah:
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

04 November 2013

KURSUS METHODOLOGI KOR SISPA UITM PAHANG

KURSUS:
 Metodologi/Jurulatih Asas/ Pemantapan Jurulatih Kor SISPA UiTM Pahang bersama anggota Pahang

TARIKH:
28 OKTOBER 2013 - 1 NOV 2013

TEMPAT:
PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM WILAYAH TIMUR (PULAPAT)

PERASMI:
Lt (PA) MOHD RAZI BIN ZAINON (KETUA SEKOLAH PENGURUSAN DAN PERSONEL)




     PESERTA KURSUS METODOLOGI Kor SISPA UiTM PAHANG DAN ANGGOTA PAHANG



Seramai 14 orang Pegawai Kadet SISPA UiTM Pahang yang terdiri dari PKS Senior telah menghadiri Kursus Metodologi yang telah diadakan di PULAPAT Jengka.Kursus selama 5 hari ini merupakan kursus yang wajib di hadiri oleh PKS bagi melengkapkan salah satu kursus yang melayakkan mereka menyandang pangkat Lt M (PA) pada pentauliahan yang akan datang.

Antara PKS yang menghadiri kursus tersebut adalah

PKS Senior Muhammad Adam Shah
PKS Senior Muhammad Fahazim
PKS Senior Muhammad Faizal
PKS Senior Muhammad Hafiz
PKS Senior Muhammad Affan
PKS Senior Muhammad Hafiz B Shahrom
PKS Senior Muhammad Nazrien
PKS Senior Norhafizah
PKS Senior Nor Hidayah
PKS Senior Izreyna
PKS Senior Shahirah
PKS Senior Hidayah Jaafar
PKS Senior Mashuda
PKS Senior Norshahilah

Tahniah diatas kejayaan Tuan/ Puan atas kehadiran kursus ini..

Sekian

Lt.M (PA) Khairulanwar Bin Abdul Karim                                                      Tarikh Laporan: 4/11/2013

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails