ASSALAMUALAIKUM....
SEDIA PANTAS INTEGRITI
Satu demi satu aktiviti telah dijalankan sekaligus dijadikan sebagai platform kepada JPAM unit UiTM Pahang untuk mengetengahkan identiti JPAM kepada umum. Selepas pelancaran sispa baru-baru ini, Hari Organisasi Mahasiwa-Mahasiswi (HOMSIS) pula dijalankan. Tujuan HOMSIS dijalankan adalah bertujuan memberi peluang kepada kelab-kelab dan persatuan dalaman serta badan beruniform mengetengahkan identiti masing-masing kepada pelajar-pelajar. Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, JPAM tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam aktiviti ini bagi memeriahkan lagi acara sekaligus mempertontonkan apa yang JPAM ada kepada pelajar.
HOMSIS telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Y. Hormat. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hilmi
Ab Rahman pada malam 24/02. Pada majlis perasmian itu, JPAM telah menghantar wakil bagi iaitu komander-komander bagi Lintasan Hormat. Selesai majlis perasmian, Tuan Pengarah Kampus, Y. Hormat. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hilmi Ab Rahman mengambil kesempatan melawat beberapa booth dan booth JPAM adalah salah satu booth yang dilawati oleh beliau. Dan Komander JPAM yang ditugaskan unutk menjaga booth telah memberi penerangan yang begitu jelas kepada En. Mokhtar.
Ab Rahman pada malam 24/02. Pada majlis perasmian itu, JPAM telah menghantar wakil bagi iaitu komander-komander bagi Lintasan Hormat. Selesai majlis perasmian, Tuan Pengarah Kampus, Y. Hormat. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hilmi Ab Rahman mengambil kesempatan melawat beberapa booth dan booth JPAM adalah salah satu booth yang dilawati oleh beliau. Dan Komander JPAM yang ditugaskan unutk menjaga booth telah memberi penerangan yang begitu jelas kepada En. Mokhtar.
Sambutan pada malam pertama amat menggalakkan. Ramai pelajar tertarik akan ikatan-ikatan yang menjadi salah satu aktiviti di booth JPAM. Antara ikatan yang paling mencuri tumpuan ialan ikatan pencuri (Highwayman hitch). Dan seperti biasa, setiap pelajar yang berjaya melakukan apa tugasan yang diberikan oleh komander bertugas akan menerima hadiah. Ramai juga pelajar yang berminat untuk mempelajari cara-cara melakukan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR). Komander yamg bertugas menunjukkan demo bagi membolehkan pelajat memahami dengan lebih jelas akan teknik-teknik yang dilakukan.
Pada malam kedua, 25/02, sambutan masih lagi hangat di booth JPAM. Pelajar-pelajar tidak jemu bertanya akan kegunaan alatan yang dipamerkan di booth itu. Alatan Mengawal Kebakaran (MK), A&D, dan sebagainya telah dipamerkan. Sejarah penubuhan JPAM juga banyak diperkatakan. Ramai pelajar-plajar yang mula tertarik akan kelebihan yang ada pada JPAM dan ini merupakan satu tanda di mana JPAM mula diterima pelajar.
Selepas 2 hari berpenat lelah, kami merasakan usaha kami berbaloi da objektif HOMSIS juga terlaksana. Ini sekaligus meletakkan nama JPAM searas dengan semua kelab-kelab , persatuan dan badan beruniform yang ada di UiTM Pahang. Namun, setiap apa yang dibuat pasti ada kelemahan dan cacat celanya. Dan kelemahan akan kami turuti dengan pembaikan yang lebih baik untuk masa akan datang. Dan segala cacat cela itu, kami tutupi dengan ribuan kemaafan.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan Disimpan dalam hati.
Semoga hari mendatang akan lebih baik dari hari ini. Diharapkan nama JPAM akan terus meniti dari bibir ke bibir setiap pelajr UiTM pahang.
Sekian, terima kasih.