Pada 9 hingga 12
November 2011, satu Perhimpunan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Ke-2 telah
diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan.
Perhimpunan tersebut diadakan buat kali ke-2 yang sebelum ini diadakan di UiTM,
Shah Alam. Perhimpunan ini adalah untuk pentauliahan Leftenan Muda (Ltm) Kor
SISPA dan juga menjalankan pelbagai aktiviti. Aktiviti tersebut seperti
pertandingan melawan kebakaran, pertolongan cemas, kawad kaki, ascending dan descending.
Pertandingan
tersebut dipertandingkan oleh IPTA dan IPTS. Setiap IPTA dan IPTS ada wakilnya
tersendiri untuk pertandingan tersebut. Bagi IPTA, untuk pertandingan melawan
kebakaran iaitu UiTM Pahan, pertandingan kawad kaki iaitu UiTM Shah Alam,
pertandingan pertolongan cemas iaitu UiTM Puncak Alam, dan pertandingan ascending dan descending iaitu UiTM Perak.
Universiti
Teknologi Mara Pahang telah Berjaya dan memperolehi tempat pertama dalam kebangsaan. TAHNIAH DIUCAPKAN!!! TAHNIAH!!!
“SEDIA,
PANTAS, DAN BERINTEGRITI”