22 Disember 2015

Sambungan HOMSIS 2015, hari kedua dan hari terakhir aktiviti.


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga SISPA dan para pembaca. Pada hari kedua berlangsungnya HOMSIS atau Hari Organisasi Mahasiswa di UiTM, Jengka, Pahang, pihak kor SISPA UiTM, Jengka, Pahang telah menjayakan program atau raptai pentauliahan para komander serta pks-pks muda yang memiliki semangat untuk menyertai kor SISPA di sini, kedua-dua program ini juga turut mendapat bantuan serta kerjasama daripada kor SISPA UiTM,Raub, Pahang yang turut hadir bagi menghantar wakil pks-pks yang bakal ditauliahkan. Syukur ke hadrat Ilahi, HOMSIS 2015 telah tamat pada 20/12/2015 (Ahad) dengan jayanya hasil kerjasama daripada kedua-dua belah pihak yang memiliki kebolehan serta komitmen yang baik.

Pentauliahan bakal komander yang merangkumi semua unit kor di UiTM,Jengka,Pahang juga telah berjaya dijalankan dengan baik serta semua komander telah ditauliahkan pada 21/12/2015 (Isnin) dengan kerjasama unit kokurikulum di sini. Alhamdulillah, seramai 13 pelajar telah terpilih untuk menyertai Kor SISPA UiTM,Jengka, Pahang dan seramai 5 pelajar yang baru ditukarkan ke Kampus Raub telah dipilih untuk ditauliahkan di sini serta dapat berkhidmat di tempat baru, setelah mengharungi pelbagai pahit getir untuk menjadi Pks yang berkualiti serta dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkomitmen tinggi bagi melatih para pelajar Kor JPAM di tempat masing-masing.

Berikut adalah gambar-gambar aktiviti HOMSIS 2015, pada hari kedua dan terakhir :

Hari ke-2 :

Contoh ikatan dan simpulan yang dipamerkan di kawasan pameran.


Perkongsian ilmu pembelajaran mengenai ikatan dan simpulan
kepada pks daripada UiTM, Raub, Pahang.


Aktiviti melukis logo bertemakan "Go Green",
kerjasama daripada Kor SISPA UiTM Jengka-Raub, anjuran HOMSIS 2015.

Hari Terakhir :

Perkongsian ilmu kawad usungan daripada Pks Pertengahan Raub kepada Pks Muda Jengka.

Barisan TPP dan Exco-Exco HOMSIS 2015.

Jamuan makan kecil-kecilan sehari sebelum majlis pentauliahan bakal komander,
bagi meraikan pks-pks baharu di sini.

19 Disember 2015

HOMSIS 2015 ( SISPA UiTM,JENGKA ,PAHANG )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga SISPA serta para pembaca. Syukur ke hadrat Ilahi pada hari ini, Kor SISPA UiTM,Jengka,Pahang telah berjaya mengharungi aktiviti HOMSIS 2015 dengan jayanya dan mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar. Aktiviti HOMSIS merupakan sebuah aktiviti yang mengabungkan semua persatuan yang wujud di UiTM,Jengka dengan menganjurkan pameran, pertunjukan, dan menjelaskan atau mendedahkan mengenai persatuan masing-masing.


Pada hari ini, pihak Kor SISPA, UiTM, Jengka telah menyediakan peralatan serta menghias kawasan pameran bagi menarik para pengunjung untuk hadir ke tempat kami serta dapat menjelaskan setiap bahagian-bahagian yang telah kami sediakan di kawasan pameran tersebut. Aktiviti pada hari pertama,berjalan dengan lancar serta peroleh sambuatn yang memberangsangkan daripada para pelajar yang ingin mendalami ilmu bencana serta sejarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang bakal dinaik taraf sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia tidak lama lagi. Semoga dengan adanya perubahan tersebut, agensi ini akan terus maju serta dapat meningkatkan kualiti dan gerak kerja sebagai badan utama bagi menangani bencana.


Sehubungan dengan itu, kami telah menyediakan beberapa keping gambar aktiviti penyediaan kawasan pameran serta pendedahan awal mengenai gerak kerja aktiviti pada hari ini kepada semua yang terlibat pada hari pertama HOMSIS 2015 sebagai tatapan pembaca, iaitu bertepatan dengan hari Jumaat, 18/12/2015 :

Penerangan mengenai pangkat serta protokol pakaian kepada Pks Muda.


Penjelasan mengenai tongkat pegawai dan tongkat penyukat kepada Pks Muda.

Peralatan memadam kebakaran  serta " ascending & descending " atau A & D, sebagai pameran untuk pendedahan kepada para pelajar yang hadir pada hari ini.
Pameran bahagian pentadbiran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, meliputi Kor SISPA UiTM, Jengka, Pahang juga mengenai unit luar.



























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails