12 Januari 2009

KO-Kurikulum JPAM Pelajar Semester 1 - 12/1/2009

Hari ini Ko-kurikulum berjalan dengan lancar. Pada awalnya kawad kaki dirancang utk diisi sebagai latihan pada jam pertama. Tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan telah mengawalkan lagi para pelajar untuk masuk ke dalam Dewan Kuliah bagi sesi kuliah.

Kuliah hari ini adalah mengenai asas-asas dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang merangkumi kursus-kursus, keanggotaan dan banyak lagi. Kuliah disampaikan oleh Jurulatih JPAM, Tuan Razak. Kelihatan para pelajar agak tertarik dengan kuliah hari ini. Dan sekali gus menjadikan mereka bersemangat untuk terus aktif dalam Ko JPAM ini. Mana tau nanti mereka juga akan mengganti para komander JPAM Unit UiTM Pahang.

Sementara sesi kuliah berjalan, para komander berkumpul untuk taklimat dari Tuan Sairun Aripin, Penyelaras Ko JPAM Unit UiTM Pahang. Taklimat selama sejam adalah pemberitahuan terkini tentang aktiviti-aktiviti akan datang komander disusuli beberapa pesanan mengenai tahap disiplin komander.
Taklimat diakhiri dengan pemberian hadiah dari para Komander JPAM kepada Tuan Sairun sebagai tanda tahniah diatas kelahiran cahaya mata beliau. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tuan Sairun.

06 Januari 2009

KO-Kurikulum JPAM Pelajar Semester 2 - 6/1/2009

Hari ini merupakan hari kedua pelajar semester dua menjalani latihan ko-kurikulum. Program bermula seperti biasa dengan lancarnya. Pada jam pertama para pelajar membuat latihan kawad kaki. Mereka diajar silibus kawad kaki yang merangkumi Kebelakang Pusing Semasa Berjalan, Hormat kehadapan dan Hormat Selaku Terima Sijil. Mereka perlu menguasai semua pergerakan kawad ini sepanjang semester ini. Para komander bertindak memberi tunjuk ajar dan dipantau oleh jurulatih JPAM.

Sejam seterusnya para pelajar diminta untuk ke Dewan Kuliah bagi sesi taklimat Ko-kurikulum JPAM Semester dua. Kehadiran pada minggu adalah tidak memuaskan kerana ramai pelajar tidak akan perubahan hari KO untuk semester dua dari hari Rabu ke hari Selasa. Jadi, minggu ini kehadiran peajar ko hampir 100% hadir dan sesuai untuk diberi taklimat. KO tamat pada jam 1900.

05 Januari 2009

KO-Kurikulum JPAM Pelajar Semester 1 - 5/1/2009

Selamat Datang diucapkan kepada para pelajar semester satu yang baru mendaftar dari warga JPAM Unit UiTM Pahang. Tahniah kepada anda semua juga kerana telah memilih JPAM sebagai subjek KO-Kurikulum. Banyak aktiviti yang menarik akan anda alami sepanjang menyertai KO ini.

Program hari nie berjalan lancar. Dimulakan dengan berbaris dan menyanyikan lagu negaraku. Para pelajar diminta untuk ke Dewan Kuliah bagi sesi taklimat. Seperti biasa setiap awal semester, Tuan Sairun Aripin akan memberi taklimat penuh mengenai Ko-kurikulum JPAM Unit Uitm Pahang. Taklimat ini merangkumi semua silibus, sahsiah rupa diri dan banyak lagi. Para komander juga diperkenalkan kepada semua pelajar. Diharap para pelajar dapat mengingati akan setiap yang diberitahu.

Tahniah sekali lagi diucapkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails