06 Januari 2009

KO-Kurikulum JPAM Pelajar Semester 2 - 6/1/2009

Hari ini merupakan hari kedua pelajar semester dua menjalani latihan ko-kurikulum. Program bermula seperti biasa dengan lancarnya. Pada jam pertama para pelajar membuat latihan kawad kaki. Mereka diajar silibus kawad kaki yang merangkumi Kebelakang Pusing Semasa Berjalan, Hormat kehadapan dan Hormat Selaku Terima Sijil. Mereka perlu menguasai semua pergerakan kawad ini sepanjang semester ini. Para komander bertindak memberi tunjuk ajar dan dipantau oleh jurulatih JPAM.

Sejam seterusnya para pelajar diminta untuk ke Dewan Kuliah bagi sesi taklimat Ko-kurikulum JPAM Semester dua. Kehadiran pada minggu adalah tidak memuaskan kerana ramai pelajar tidak akan perubahan hari KO untuk semester dua dari hari Rabu ke hari Selasa. Jadi, minggu ini kehadiran peajar ko hampir 100% hadir dan sesuai untuk diberi taklimat. KO tamat pada jam 1900.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails