Latihan Intesif bakal komander JPAM Unit UiTM Pahang ini telah diadakan pada 18 Mac 2009, selaras dengan tujuan JPAM Unit UiTM Pahang itu sendiri iaitu untuk menyediakan pelapis dan menyediakan komander untuk membantu para jurulatih ketika pembelajaran ko-kurikulum dan membantu Jabatan Pertahanan Awam untuk mencapai objektifnya iaitu melatih orang awam.
Latihan ini merupakan modul latihan yang pertama kali diadakan. Terdapat 5 unit yang terdiri dari para komander sendiri iaitu Kawad Kaki, Basic Life Support, Pertolongan Cemas dan Menyelamat Teknikal, Mengawal Kebakaran, Tali Menali dan Usungan. Latihan ini telah diadakan selama 5 hari bermula hari rabu.
Pada hari rabu pukul 5.15 petang, bermulanya latihan ini secara rasmi, dan dikelolakan oleh unit kawad kaki diketuai oleh RSM Muhammad SOlahuddin. Para bakal komander telah diajar asas-asas dalam kawad kaki. Latihan ini bersambung pada hari khamis dan jumaat pada waktu yang sama.
Pada hari Sabtu pukul 7.30 am, sekali lagi unit kawad kaki mengelola slot ini. Pada masa ini, para bakal komander diajar untuk mengawadkan skuad. Latihan ini berjalan selama 3 jam. Selepas itu Slot Basic Life Support pula mengambil alih. Slot ini dikelolakan oleh unit BLS diketuai oleh KMRK Izatul Faizah. Slot ini diisi dengan asas-asas basic life support iaitu CPR dan Choking. Slot ini berjalan selama 2 jam dan berhenti pada 12.45 tengahari. Pada pukul 2.30 petang, slot Tali Menali dan Usungan pula menyusul, dikelola oleh Unit Tali & Usungan yang diketuai oleh KMK Mohd Haris. Slot ini diisi dengan asas-asas ikatan tali dan mengikat mangsa di usungan. Slot ini berlangsung selama 2 jam. Berakhirnya slot ini, bermakna berakhirlah Latihan Intensif Bakal Komander pada hari sabtu.
Pada hari Ahad pukul 7.30 am, Unit Kawad pula mengisi slot. Para bakal komander mengulangkaji kembali asas-asas kawad dan mengawadkan skuad. Slot ini berlangsung selama 3 jam. Kemudian Slot pertolongan cemas & Menyelamat teknikal pula menyusul diketuai oleh KMRK Nazifah. Bakal Komander diajar tentang asas-asas pertolongan cemas seperti balutan. Latihan ini berjalan selama 2 jam. Kemudian berhenti berehat. Pada pukul 2.30 petang slot Mengawal Kebakaran pula menyusul diketuai oleh Sarjan Zulfazli. Para bakal komander diajar tentang asas-asas mengawal kebakaran, kawad basah, membawa hos dan sebagainya. Slot ini berlangsung selama 2 jam. Selepas itu, slot ujian Kawad Kaki pula menyusul. Bakal Komander diuji untuk mengawadkan skuad. Ujian ini berakhir pada 6.30 petang. Kemudian acara bergambar komander bersama bakal komander pula diadakan sebagai kenangan. Berakhirnya slot ini menandakan Latihan Intensif Bakal Komander JPAM unit UiTM Pahang berakhir secara rasmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan