06 Ogos 2009

LATIHAN INTENSIF KOMANDER JPAM 1/2009

Sebuah latihan intensif yang pertama untuk sesi jul-nov 2009 telah diadakan pada 5 Julai 2009. Latihan ini diadakan di hadapan DSG. Latihan intensif merupakan latihan rutin bagi komander JPAM UiTM Pahang yang dilakukan setiap hari minggu bagi meningkatkan tahap kemahiran masing-masing. Latihan intensif tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja tetapi merangkumi semua kemahiran yang terdapat JPAM seperti Mengawal Kebakaran, Pertolongan Cemas, Penyelamat teknikal dan lain-lain lagi. Dan sebagai latihan permulaan, latihan intensif minggu ini adalah latihan kawad kaki dan protokol pemakaian pakaian.

Tujuan latihan ini adalah memberi pendedahan kepada komander baru akan keadaan sebenar ketika bertugas(semasa KO Pelajar sem 1 dan 2) dan juga ulang kaji kepada komander-komander yang lama. diperkukuhkan bagi memudahkan lagi para komander mengawadkan skuad secara professional dan cekap.
Latihan dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh komander Amirul Afiq. Selepas itu, latihan kawad dimulakan yang diketuai oleh Komander Solahuddin. Selesai latihan kawad kaki, komender-komander terutamanya komander baru diajar tentang cara pemakaian uniform dengan betul. Ini penting bagi memastikan setiap komander memakai unifom dengan betul. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails