13 September 2009

LAWATAN MUHIBAH KE SHAH ALAM


Pada 29 Ogos 2009, JPAM unit UiTM Pahang telah membuat kunjungan ke Shah Alam bagi satu lawatan muhibah ke sana. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara JPAM unit UiTM Pahang dengan JPAM Shah Alam. 
Semua komander JPAM terlibat dalam lawatan bermakna ini. Bas bertolak pada pukul 9 pagi. Bacaan doa mengiringi perjalanan kami. Kami selamat tiba tepat jam 12 tengahhari. Kami dibawa ke seluruh kampus induk itu.
Oleh kerana kami tiba terlalu awal, komander-komander dibenarkan untuk bersiar-siar dahulu sebelum majlis dimulakan. Tepat jam 2.30 petang, kami dibawa ke masjid negeri untuk mendirikan solat zuhur. Tepat jam 3.00 petang, kami tiba di UiTM Shah Alam.
Kami tidak menyangka akan disambut dengan meriah. Kami dibawa ke dewan kuliah bagi memulakan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diaminkan oleh Komander JPAM Shah Alam. Selepas itu, majlis dimulkan dengan pengenalan JPAM Shah Alam kepada JPAM Pahang. Selepas itu, unit RESQ pula memperkenalkan diri. 
Kami berehat sebebtar bagi memberi ruang untuk bersolat. Majlis disambung dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan dikemukan oleh kedua-dua pihak. Banyak benda yang ditanya bagi menjelaskan lagi apa yang tersurat di kepala. 
Kami amat bertuah kerana diberi peluang berbuka puasa bersama-sama mereka. Selesai berbuka dan solat maghrib, sesi fotografi diadakan. Walaupun tak sampai sehari kami bertemu, hubungan kami seolah-olah telah lama terjalin. Sebelum kami pulang, cenderahati diberikan kepada pihak Shah Alam yang disampaikan oleh penyelaras JPAM unit UiTM Pahang, LTM (PA) Sairun Aripin Idon.
Lawatan ini amat bermakna kepada semua komander JPAM. Ini kerana, selain dapat mengenali komander dari unit UiTM Shah Alam, komader juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti disana. Kami berharap, lawatan seperti ini dapat dijalankan di lain waktu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails