18 Februari 2011

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT KOMANDER UiTM PAHANG



Pada 14 Februari 2011, telah diadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi komander lama dan komander baru yang melibatkan kesemua unit beruniform UiTM Pahang seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kesatrian Negara dan Badan Pertolongan Cemas (BPC). Majlis tersebut berlangsung pada sebelah petang sesi latihan kor pelajar part 1 di Dataran Integrasi. Majlis ini dirasmikan oleh div-div jemputan seramai 6 orang yang telah menyempurnakan majlis tersebut, setelah acara pemakaian pangkat bagi barisan komander selesai ucapan sepatah dua kata dari div jemputan secara langsung dan merasmikan majlis tersebut. Majlis Pemakaian Pangkat telah bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang. Tahniah diucapkan kepada barisan komander SISPA yang menerima pangkat secara langsung atau tidak langsung kerana berusaha untuk menjayakan majlis tersebut. 

Sekian, terima  kasih. 







KURSUS ASAS SESI 1/2011



Pada 28 sehingga 30 Januari 2011, bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) telah diadakan satu Kursus Asas Sesi 1/2011 yang melibatkan seramai 34 komander JPAM unit UiTM Pahang dan beberapa ahli sukerela daripada sekitar Jengka, Pahang yang turut serta menjayakan kursus asas ini. Kursus tersebut, bermula dengan pendaftaran untuk semua peserta pada hari pertama. Pada sebelah petang, taklimat tentang aktiviti yang akan berlangsung sepanjang kursus asas dijalankan dan pada sebelah malamnya pula, telah bermulanya aktiviti iaitu sesi praktikal menyelamatkan diri dari bangunan terbakar.

Keesokan harinya, 29 Januari 2011, pada pagi yang indah kesemua peserta dikehendaki berkumpul dan sesi menaikkan bendera disertakan dengan nyanyian lagu dan selepas itu latihan kawad kaki diadakan dimana aktiviti ini akan diadakan pada setiap pagi sepanjang kursus tersebut. Selepas menaikkan bendera dan latihan kawad kaki, kesemua komander telah melakukan praktikal menyelamat di mana komander harus mengikat mangsa dan membawa mangsa menggunakan stretcher melalui tangga, bukit serta menurunkan mangsa dari tempat tinggi. Di sebelah petangnya pula, kesemua peserta telah meredah hutan berhampiran dengan PULAPA, melalui 6 anak sungai termasuk selut dan paya, pelbagai ragam yang dapat kami saksikan. Pada sebelah malam, aktiviti seterusnya ialah praktikal ikatan dan simpulan yang mempunyai 11 ikatan.

Pada hari ketiga, 30 Januari 2011, pagi ahad aktiviti iaitu teori dan disertakan dengan praktikal CPR dan tercekik (choking), yang dapat memberikan tunjuk ajar kepada semua peserta bagaimana menyelamatkan orang yang terhenti pernafasan atau tercekit (choking). Selepas itu, aktiviti terakhir telah dijalankan walaubagaimanapun pada waktu hujan kesemua peserta tetap melakukan teori dan praktikal melawan kebakaran seperti melemaskan dan menyejukkan api. Walaupun penat dan keadaan tidak mengizinkan tapi kesemua peserta berasa seronok dapat menimba ilmu dan pengalaman sepanjang kursus asas tersebut. Pada jam 12.30, majlis penutup Kursus Asas Sesi 1/2011 telah berlangsung dan berakhir selama sejam yang diserta dengan sijil menandakan tamatnya kursus asas yang penuh bermanfaat. Seperti kata pepatah, setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Sebelum semua peserta dan jurulatih berpisah, satu sesi fotografi diadakan.

Sekian, terima kasih.




latihan melarikan diri dari bangunan kebakaran


bawa mangsa menggunakan stretcher




latihan melemaskan api



01 Februari 2011

Hari Organisasi Mahasiswa / Mahasiswi (HOMSIS) 2011


Pada 22 hingga 23 Januari 2011, telah berlangsungnya satu program anjuran UiTM Pahang iaitu Hari Organisasi Mahasiswa / Mahasiswi (HOMSIS). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua badan unit berunifom, kelab, persatuan dan kursus untuk memperkenalkan segala identiti kepada para pelajar UiTM Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Khafirudin Bin Ali., TP HEA. Majlis perasmian dimulakan dengan kawalan kehormat oleh komander-komander unit beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kesatrian Negara, dan Badan Petolongan Cemas (BPC). Seramai 14 orang komander JPAM turut terlibat dalam kawalan kehormat tersebut. Program HOMSIS turut disertai oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang kerana program sebegini dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenali lebih dalam lagi tentang badan beruniform JPAM. Semasa program berlangsung, setiap peserta HOMSIS mempunyai booth masing-masing tidak terkecuali juga JPAM yang membolehkan para pelajar tidak semestinya diploma, pra atau ijazah singgah dan mempelajari pelajaran didalam booth JPAM.

Di booth JPAM, terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan antaranya ialah sudut maklumat JPAM seperti ikatan dan simpulan, CPR, melawan kebakaran, ascending and discending (A&D), dan pakaian uniform. Di booth JPAM juga, telah melakukan suatu permainan yang dapat menarik ramai lagi pelajar masuk ke booth JPAM. Para pelajar juga, telah diuji oleh komander untuk menyelesaikan suatu permainan yang diberi nama sudoku dan puzzle. Hadiah juga disediakan kepada para pemenang. Disamping itu, komander-komander JPAM ditugaskan untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengetahui tentang apa yang dipamerkan dan memberi tunjuk ajar atau cara-cara kepada pelajar-pelajar. Booth JPAM, ada juga melakukan satu simulasi melawan kebakaran sebnyak 2 kali dan melakukan satu demonstrasi A&D dan memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukannya.

Walaupun keletihan dirasai, namun melihat kepada sambutan yang diberi, segala keletihan itu hilang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua komander JPAM kerana berjaya menonjolkan identiti JPAM kepada pelajar-pelajar UiTM.








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails