01 Februari 2011

Hari Organisasi Mahasiswa / Mahasiswi (HOMSIS) 2011


Pada 22 hingga 23 Januari 2011, telah berlangsungnya satu program anjuran UiTM Pahang iaitu Hari Organisasi Mahasiswa / Mahasiswi (HOMSIS). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua badan unit berunifom, kelab, persatuan dan kursus untuk memperkenalkan segala identiti kepada para pelajar UiTM Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Khafirudin Bin Ali., TP HEA. Majlis perasmian dimulakan dengan kawalan kehormat oleh komander-komander unit beruniform seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kesatrian Negara, dan Badan Petolongan Cemas (BPC). Seramai 14 orang komander JPAM turut terlibat dalam kawalan kehormat tersebut. Program HOMSIS turut disertai oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang kerana program sebegini dapat memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengenali lebih dalam lagi tentang badan beruniform JPAM. Semasa program berlangsung, setiap peserta HOMSIS mempunyai booth masing-masing tidak terkecuali juga JPAM yang membolehkan para pelajar tidak semestinya diploma, pra atau ijazah singgah dan mempelajari pelajaran didalam booth JPAM.

Di booth JPAM, terdapat pelbagai aktiviti yang telah disediakan antaranya ialah sudut maklumat JPAM seperti ikatan dan simpulan, CPR, melawan kebakaran, ascending and discending (A&D), dan pakaian uniform. Di booth JPAM juga, telah melakukan suatu permainan yang dapat menarik ramai lagi pelajar masuk ke booth JPAM. Para pelajar juga, telah diuji oleh komander untuk menyelesaikan suatu permainan yang diberi nama sudoku dan puzzle. Hadiah juga disediakan kepada para pemenang. Disamping itu, komander-komander JPAM ditugaskan untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengetahui tentang apa yang dipamerkan dan memberi tunjuk ajar atau cara-cara kepada pelajar-pelajar. Booth JPAM, ada juga melakukan satu simulasi melawan kebakaran sebnyak 2 kali dan melakukan satu demonstrasi A&D dan memberi peluang kepada para pelajar untuk melakukannya.

Walaupun keletihan dirasai, namun melihat kepada sambutan yang diberi, segala keletihan itu hilang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua komander JPAM kerana berjaya menonjolkan identiti JPAM kepada pelajar-pelajar UiTM.








Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails