19 Januari 2011

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER PERINGKAT ZON TIMUR 2010

Pada 01 DISEMBER 2010, Unit Kokurikulum UiTM Pahang telah menganjurkan satu program badan beruniform UiTM Pahang iaitu Latihan Intensif Bakal Komander Peringkat Zon Timur (LIBK) bertempat di UiTM Pahang Kampus Jengka. Program ini turut disertai oleh UiTM Terengganu Kampus Chendering. Terdapat berberapa badan beruniform yang terlibat antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kesatria Negara, Badan Pertolongan Cemas (BPC) dan Brass Band. Latihan ini telah diadakan selama 10 hari, bermula 01 hingga 10 Disember 2010 dan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Komander-Komander Kesatria Negara yang terlatih.





Pada 30 NOVEMBER 2010, sesi pendaftaran dan penginapan telah dibuka bagi peserta-peserta LIBK. Pada sebelah malam pula, sesi suai kenal bersama komander-komander yang terlibat telah dijalankan. Selain itu, para peserta turut diberi taklimat mengenai objektif program LIBK diadakan, serta mengenai aturcara yang akan berlaku sepanjang tempoh program tersebut berlangsung dan segala peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua peserta LIBK.

Pada hari pertama sehingga hari keempat, di mana waktu bermula latihan dari pagi sehingga tengah malam. Latihan dimulakan dengan senaman pagi selepas solat Subuh kemudian sarapan pagi. Selepas itu, latihan kawad kaki diadakan sehingga makan tengah hari bersambung semula selepas solat Zohor hingga ke petang. Selepas menunaikan solat Asar, aktiviti-aktiviti riadah dijalankan di padang. Pada sebelah malam, setelah selesai makan malam sesudah solat Isyak para peserta wajib mengikuti sesi taklimat dan ceramah bersama penceramah jemputan.








Hari yang kelima, pelajaran baru telah dijalankan iaitu pelajaran kawad tongkat yang telah diajar oleh para jurulatih. Pada sebelah malam, para peserta diberi taklimat tentang aktiviti perkhemahan yang akan diadakan pada esok hari iaitu 6 hingga 7 Disember 2010.





Pada hari yang seterusnya, aktiviti perkhemahan telah dilakukan di Gunung Senyum selama dua hari bermula 6 hingga 7 Disember 2010. Hari pertama perkhemahan,dimulakan dengan sesi taklimat mengenai perkhemahan, cara-cara hidup di dalam hutan, mempamerkan hasil-hasil kraftangan yang dihasilkan daripada sumber hutan, dan penerangan mengenai kawasan Gunung Senyum. Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan belajar cara-cara untuk mendirikan khemah dan seterusnya pelajaran mengenai ikhtiar hidup yang disampaikan. Di sebelah malam pula, aktiviti jalan lasak dilakukan di kawasan ladang kelapa sawit dalam keadaan cuaca hujan. Pada keesokan hari yang ketujuh, sesi belajar mengenai acara aktiviti disambung lagi dengan melawat gua-gua serta  menyaksikan panoramayang sungguh indah dan menyegarkan yang terdapat di kawasan Gunung  Senyum, antaranya Gua Terang Bulan. Pada sebelah malam setelah balik dari perkhemahan, para peserta telah menjalani satu ujian teori.









Pada hari kelapan pula, ujian mengajar skuad oleh para peserta telah diadakan di padang kawad, Padang Integrasi UiTM Pahang. Ujian ini telah dijalankan dari pagi hingga ke petang dimana peserta hendaklah melakukan secara individu mengikut kumpulan masing-masing. Aspek pemarkahan ujian ini diambil kira melalui kelantaran suara, jelas, bahasa hukuman yang betul dan disiplin diri. Pada waktu malam pula, telah diadakan latihan raptai untuk majlis penutupan program LIBK.




Pada hari kesembilan, aktiviti gotong-royong telah diadakan padang kawad pada waktu pagi untuk membersihkan kawasan sekitar Padang Integrasi bagi menyempurnakan majlis perasmian dan penutupan LIBK. Manakala, latihan raptai disambung lagi pada waktu petang kemudian bersambung pada waktu malam. Selepas itu, para peserta disediakan dengan satu jamuan makan malam bersama para jurulatih dan komander sebagai majlis perpisahan.


Pada pagi hari terakhir 10 Disember 2010, telah berlangsung sesi majlis perasmian seterusnya diikuti dengan majlis penutupan Latihan Intensif Bakal Komander Zon Timur bagi tahun 2010 (LIBK). Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Dato’ Dr. Hj Hilmi Ab Rahman dan para div-div jemputan. Majlis tersebut dimulai dengan menanti ketibaan kehormat pengarah kampus seterusnya disusuli dengan agenda-agenda majlis sehingga diakhiri dengan upacara perasmian penutupan program LIBK.
 









 Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails