08 Mac 2012
04 Mac 2012
03 Mac 2012
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM BAHAGIAN 3 JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM) UNIT UiTM PAHANG
Pada 17 – 19 February 2012, Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang telah mengadakan satu Perkhemahan
Kokurikulum Bahagian 3 sesi November 2011 - Mac 2012 yang diadakan di Hutan
Lipur Gunung Senyum, Pahang.
Perkhemahan
tersebut diadakan selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan tersebut diadakan
bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran-kemahiran seperti Ascending and Descending, melawan
kebakaran, dan kawad kaki. Pada hari pertama, pelajar diberi tugas untuk
mendirikan khemah yang diperhatikan oleh Pegawai Kadet SISPA (PKS). Khemah
tersebut hanya untuk pelajar siswa sahaja. Manakala, pelajar siswi telah
diberikan dorm yang tidak jauh dari
khemah. Pada malam pertama, pelajar diberi taklimat sepanjang perkhemahan
dijalankan dan PKS telah membuat 5 kumpulan kepada pelajar-pelajar kokurikulum untuk
membuat persembahan pada malam kedua. Pada hari kedua, pelajar-pelajar
kokurikulum melakukan senaman pagi yang diketuai oleh PKS. Selepas itu, pelajar-pelajar
kokurikulum dibawa ke Gunung Senyum
untuk mencuba jambatan yang kukuh. Selepas sarapan pagi, pelajar-pelajar
kokurikulum telah menjalankan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh
jurulatih-jurulatih JPAM sambil diperhatikan oleh PKS yang terlibat. Sebelum
ujian dijalankan, pelajar-pelajar kokurikulum diberi latihan kawad kaki untuk
mengingat langkah-langkah kawad kaki dan hukuman yang patut diikut oleh
pelajar. Pada hari yang sama juga, pelajar-pelajar kokurikulum telah dibawa
untuk ke Gunung Senyum bagi menjalankan aktiviti Ascending and Descending. Ascending and Descending tersebut wajib dilakukan oleh semua pelajar kokurikulum
JPAM kecuali pelajar yang sakit. Pada malam kedua, PKS telah membuat BBQ untuk
pelajar-pelajar kokurikulum dan juga jurulatih. Pada malam tersebut juga,
pelajar-pelajar kokurikulum dikehendaki untuk membuat persembahan bagi
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kokurikulum dengan kerjasama diantara satu
sama lain. Pada hari ketiga, pelajar-pelajar kokurikulum telah dibawa untuk
melakukan satu aktiviti melawan kebakaran yang diketuai oleh jurulatih sendiri
dan kerjasama PKS. Pada hari tersebut juga, pelajar-pelajar kokurikulum dibawa
pulang ke UiTM Pahang Kampus Khazanah Alam.
Perkhemahan
selama 3 hari ini, dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan
berkerjasama disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi
cabaran yang diberi oleh jurulatih dan juga Pegawai Kadet SISPA sendiri bagi
menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perkhemahan
tersebut adalah perkhemahan yang wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132).
Dengan
melakukan perkhemahan tersebut, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim
sesama pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3, Pegawai Kadet SISPA serta
jurulatih-jurulatih yang selama ini mengajar dari bahagian 1, 2, dan 3.
Alhamdulillah, perkhemahan kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini telah berjalan dengan lancar sekali.
Sekian, Terima Kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)