03 Mac 2012

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM BAHAGIAN 3 JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM) UNIT UiTM PAHANG

            Pada 17 – 19 February 2012, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang telah mengadakan satu Perkhemahan Kokurikulum Bahagian 3 sesi November 2011 - Mac 2012 yang diadakan di Hutan Lipur Gunung Senyum, Pahang. 
Perkhemahan tersebut diadakan selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran-kemahiran seperti Ascending and Descending, melawan kebakaran, dan kawad kaki. Pada hari pertama, pelajar diberi tugas untuk mendirikan khemah yang diperhatikan oleh Pegawai Kadet SISPA (PKS). Khemah tersebut hanya untuk pelajar siswa sahaja. Manakala, pelajar siswi telah diberikan dorm yang tidak jauh dari khemah. Pada malam pertama, pelajar diberi taklimat sepanjang perkhemahan dijalankan dan PKS telah membuat 5 kumpulan kepada pelajar-pelajar kokurikulum untuk membuat persembahan pada malam kedua. Pada hari kedua, pelajar-pelajar kokurikulum melakukan senaman pagi yang diketuai oleh PKS. Selepas itu, pelajar-pelajar kokurikulum  dibawa ke Gunung Senyum untuk mencuba jambatan yang kukuh. Selepas sarapan pagi, pelajar-pelajar kokurikulum telah menjalankan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh jurulatih-jurulatih JPAM sambil diperhatikan oleh PKS yang terlibat. Sebelum ujian dijalankan, pelajar-pelajar kokurikulum diberi latihan kawad kaki untuk mengingat langkah-langkah kawad kaki dan hukuman yang patut diikut oleh pelajar. Pada hari yang sama juga, pelajar-pelajar kokurikulum telah dibawa untuk ke Gunung Senyum bagi menjalankan aktiviti Ascending and Descending. Ascending and Descending tersebut wajib dilakukan oleh semua pelajar kokurikulum JPAM kecuali pelajar yang sakit. Pada malam kedua, PKS telah membuat BBQ untuk pelajar-pelajar kokurikulum dan juga jurulatih. Pada malam tersebut juga, pelajar-pelajar kokurikulum dikehendaki untuk membuat persembahan bagi menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kokurikulum dengan kerjasama diantara satu sama lain. Pada hari ketiga, pelajar-pelajar kokurikulum telah dibawa untuk melakukan satu aktiviti melawan kebakaran yang diketuai oleh jurulatih sendiri dan kerjasama PKS. Pada hari tersebut juga, pelajar-pelajar kokurikulum dibawa pulang ke UiTM Pahang Kampus Khazanah Alam.
Perkhemahan selama 3 hari ini, dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan berkerjasama disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran yang diberi oleh jurulatih dan juga Pegawai Kadet SISPA sendiri bagi menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perkhemahan tersebut adalah perkhemahan yang wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132).
Dengan melakukan perkhemahan tersebut, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3, Pegawai Kadet SISPA serta jurulatih-jurulatih yang selama ini mengajar dari bahagian 1, 2, dan 3. Alhamdulillah, perkhemahan kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini  telah berjalan dengan lancar sekali.
Sekian, Terima Kasih.























Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails