30 Disember 2008

KO-Kurikulum JPAM Pelajar Semester 2 - 30/12/2008

Ko pertama pada semester ini diadakan kali pertama pada hari Selasa setelah Unit Ko-kurikulum UiTM Pahang mengubah dari hari Rabu ke hari selasa bermula semester ini.

Pengisian hari ini hanya lebih kepada silibus kawat kaki bagi ulangkaji silibus semester lepas. Mereka diketuai oleh gandingan komander baru dan komander lama bagi membimbing komander baru.

Tahniah kepada komander baru dan pelajar ko part 2 di atas kehadiran anda.

29 Disember 2008

Latihan Intensif 1/2009

Komander JPAM UiTM Pahang
Latihan Kawat Kaki sedang dijalankan
Komander Solahuddin sedang memberi penerangan kepada komander
Sebuah latihan intensif  telah diadakan pada hari Isnin 29 Disember 2008 bermula pada jam 0800 hingga jam 1000. Latihan ini telah dikendalikan oleh Komander Solahuddin dengan kekuatan anggota seramai  27 orang. Latihan intensif merupakan latihan rutin bagi komander JPAM UiTM Pahang yang dilakukan setiap hari minggu bagi meningkatkan tahap kemahiran masing-masing. Latihan intensif tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja tetapi merangkumi semua kemahiran yang terdapat JPAM seperti Mengawal Kebakaran, Pertolongan Cemas, Penyelamat teknikal dan lain-lain lagi. Dan sebagai latihan permulaan, latihan intensif minggu ini adalah latihan kawat kaki.

Tujuan latihan ini adalah memberi pendedahan kepada komander baru akan keadaan sebenar ketika bertugas(semasa KO Pelajar semester  1 & 2) dan juga ulang kaji kepada komander-komander yang lama. Latihan ini amat berguna bagi memudahkan gerak kerja ketika komander menjalankan tugas. Komander-komander dibekalkan dengan nota kawat kaki yang merangkumi silibus pelajar semester 1 dan semester. Latihan ini menerangkan keadaan sebenar para komander ketika bertugas. Pengetahuan kawat diperkukuhkan bagi memudahkan lagi para komander mengawadkan skuad secara professional dan cekap. 

15 Disember 2008

PENGENALAN JURNAL JPAM UiTM PAHANG

Selamat datang diucapkan.
Alhamdulillah. Sebuah jurnal atau dalam bahasa yang mudah blog telah berjaya dilancarkan khas untuk mewakili Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit Uitm Pahang. Dalam era yang seiring dengan teknologi maklumat ini, sebuah blog nampaknya sudah cukup memadai bagi mengukuhkan sesebuah organisasi.
Blog ini bertujuan untuk memberi informasi semua aktiviti, pergerakan organisasi dan lain-lain lagi tidak kira samaada dari Komander dan Pelajar KO yang berkaitan dengan KOKURIKULUM JABATAN PERTAHANAN AWAM UiTM PAHANG.
Diharapkan blog ini dapat digunakan bagi tujuan informasi secara optimum dan secara tidak langsung merapatkan ukhwah diantara Pelajar KO JPAM dan Komander JPAM juga kepada Jurulatih-jurulatih JPAM.
Terima kasih diucapkan kepada semua komander dan mantan-mantan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan semangat ke arah mewujudkan blog ini. Diharapkan blog ini juga dapat menjadi medium perantaraan walaupun di mana kita berada.
Sebarang masalah, cadangan, dan sebagainya boleh dibuat kepada Blogmaster atau mana-mana Komander JPAM UiTM Pahang. Semoga apa yang anda lakukan memberi manfaat bagi memperbaiki mutu kerja Barisan Komander JPAM UiTM Pahang. Kerjasama anda adalah amat kami hargai.
Sekian Terima Kasih.
Yang Berkhidmat (Blogmaster)
Syazwi Majid
Solahuddin Misebah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails