24 Oktober 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUASA DAN MAKAN MALAM JPAM UITM PAHANG

Pada 3 Oktober 2010, satu Majlis Makan Malam telah diadakan bagi meraikan komander-komander yang bakal menghabiskan pengajiaan mereka pada penghujung semester ini iaitu Komander Zulfahmi, Komander Saleha, Komander Haziqah, Komander Anuar, Komander Abdullah, Komander Amirul, Komander Aiman dan Komander Maisarah. Majlis makan malam tersebut disertakan dengan Majlis Penyerahan Kuasa Komander  Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang.Majlis tersebut bertempat di Mercu View Resort, Jengka jam 8.30p.m dan berakhir pada 11.00p.m. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Komander dan Bakal Komander Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang. Majlis turut menjemput pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam (PULAPA Jengka) iaitu Tuan Razak, Tuan Abdul Aziz dan En.Sairon Aripin. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Razak. Selepas upacara perasmian, majlis diserahkan kepada mantan YDP Komander Zulfahmi bagi mengetuai Majlis Penyerahan Kuasa. Maka, lahirlah majlis tertinggi yang baru bagi menggantikan majlis tertinggi yang lama. Jawatan kuasa majlis tertinggi yang baru telah disandang oleh mereka ;

  • Jawatan YDP yang baru telah diberi kepada Komander Khairul Hafizuddin Bin Abdul Rahman.
  • Jawatan NYDP diberikan kepada Komander Nur Hidayah Binti Mohd Nawi.
  • Jawatan setiausaha Komander Nursyawalna binti Mohamed Kamil.
  • Jawatan bendahari diberikan kepada Komander Hayatul Nuffus Binti Mat Nawi.
  • Jawatan Sarjan diberikan kepada Komander Norjuhaida Binti Amran. 
  • Jawatan Rejimen Sarjan Muda (RSM) Komander Nur Atiqah Binti Mohamad Sharif.
Setelah berakhirnya upacara penyerahan kuasa, bermulalah pentadbiran baru semester hadapan oleh ahli jawatan kuasa baru.Selepas berakhirnya majlis tersebut, para tetamu dijemput menikmati makanan yang disediakan. Semasa tetamu sedang menjamu selera makanan yang lazat-lazat, mereka telah dihiburkan oleh beberapa persembahan dari bakal-bakal komander dan komander baru. Kesemua bakal komander dan komander baru telah menyampaikan 3 buah lagu dan di akhir persembahan kami telah dihiburkan dengan sebuah lagu dari barisan mantan komander.

Majlis tersebut kemudiannya telah dihangatkan lagi dengan acara pertukaran hadiah dimana komander dan bakal komander saling bertukar hadiah dalam acara cabutan bertuah. Ada diantara mereka yang mendapat hadiah yang kecil dan ada juga yang mendapat hadiah yang besar. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Tahniah diucapkan kepada mereka yang membawa pulang hadiah yang besar hehehe....tak lupe juga yang mendapat hadiah yang kecil janganlah berkecil hati, lain kali boleh cuba lagi..hihhi...tepat jam 11.00p.m majlis tamat. Sebelum beransur pulang kami sempat mengadakan sesi fotografi bersama mantan komander dan bakal-bakal komander sebagai kenang-kenangan. Kepada mantan-mantan yang bakal meninggalkan kami, semoga berjaya dan jangan lupakan kami disini. Jasamu dikenang. Terima Kasih.

Sekian. wassalam.











LinkWithin

Related Posts with Thumbnails