07 Disember 2009

KURSUS A&D DI PULAPA JENGKA


Salam....minta maaf banyak-banyak atas kelewatan update blog ni...

Kursus A&D telah diadakan pd 15-20 November 2009 yg lepas...antara yang terlibat menjayakan aktiviti ini ialah komander-komander JPAM unit UiTM Pahang, anggota pertahanan awam kuantan,dungun dan triang.

1st day: ikatan dan simpulan dalam A&D serta teknik-teknik melakukan ascending
2nd day:teknik-teknik melakukan descending(normal,spider,australian,normal rappeling with casualty)
3rd day:descending dengan teknik normal rappeling with casualty di GUNUNG SENYUM!!!!
4th day:ujian amali tentang ikatan dan simpulan serta kegunaannya
5th day:ujian bertulis dan raptai penutup oleh Cik Siti Nur Ain binti Muhamad Wahid


1st Day





sarjan Asarudin merangkap ketua jurulatih untuk a&d menunjukkan cara-cara membuat simpulan dan ikatan...semua simpulan dan ikatan yg sempat jurulatih-jurulatih ajar adalah sebanyak 40 jenis








2nd day...

teknik descending : australian..
inilah teknik descending paling mancabar antara normal dan spider descending...
semua peserta harus beri sepenuh keyakinan kepada jurulatih di atas menara dan di bawah menara atas keselamatan semasa membuat latihan...













 teknik descending : spider...
teknik ini agak mencabar kerana badan berada dalam keadaan terbalik dan hanya bergantung pada kekuatan tangan untuk turun dari menara...







turunkan mangsa guna teknik normal rappeling with casualty....
teknik ini hanya sesuai digunakan sekiranya mangsa dalam keadaan sedar sahaja...









family spider...


                                                                        3rd day...

                                                        kat gunung senyum...



 praktikal di gunung senyum guna teknik normal rappeling...lebih mencabar kerana terlalu banyak batu dan pokok nak dibandingkan dengan buat teknik ini di menara
                                                        







                                                                  
 teknik crossing / crawling dignakan untuk menyeberang curam / sungai dengan menggunakan tali yg dibentang melintangi kawasan yg hendak direntasi itu contohnya kami menyeberang tasik menggunakan teknik-teknik commando crawl dan monkey 1



menyeberang tasik / crossing menggunakan teknik commando crawl




menyeberang tasik menggunakan teknik monkey 1









                                                                       5th day...




setelah hampir seminggu menjalani kursus a&d, kini tiba masanya untuk menguji IQ masing-masing dengan ujian bertulis yg melibatkan keseluruhan pengetahuan tentang amali dan praktikal yg telah diajar...


majlis perasmian penutupan kursus






penyampaian sijil kursus kepada wakil peserta dari UiTM Pahang, JPAM Dungun,Kuantan dan Triang


penyampaian cenderahati kepada jurulatih kursus




Terima kasih atas tunjuk ajar semua jurulatih dan
semoga berjumpa lagi!!!!!!!!

14 Oktober 2009

Majlis Pemakaian Pangkat Komander JPAM Unit UiTM Pahang


Majlis Pemakaian Pangkat Dan Pelancaran Jurnal JPAM akan berlangsung pada 17 Oktober 2009 bersamaan hari Sabtu ini. Dijemput kepada semua warga kampus UiTM Pahang untuk memeriahkan lagi majlis. Terdapat juga persembahan formasi, demo rescue, pameran pertahanan awam dan banyak lagi.

08 Oktober 2009

Alumni Komander JPAM UiTM Pahang



Salam. Bagi merealisakan Alumni pertama Komander JPAM UiTM Pahang, proses mengumpul dan mengemaskini maklumat mantan-mantan komander sedang giat dilakukan. Mohon kepada mantan komander JPAM Unit UiTM Pahang untuk mengisi borang "online" seperti dibawah. Apabila butang submit ditekan, maklumat anda tidak akan dipaparkan kepada umum dan terus disimpan untuk rujukan pengurusan Alumni. Mohon kerjasama mantan-mantan komander supaya mengisi maklumat dengan tepat dan jelas. Perbincangan khas mengenai Alumni boleh rujuk di sini . Jutaan terima kasih diucapkan. Sekian.


19 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dari JPKPA UiTM Pahang


Jawatankuasa Perwakilan Komander JPAM Unit UiTM Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UiTM Pahang dan kepada semua pembaca Jurnal JPAM.

15 September 2009

MALAM AMBANG MERDEKA 2009

Seperti kebiasaan malam merdeka, satu sambutan iaitu perarakan pasti akan diadakan. Seramai 17 orang komander JPAM telah terlibat dalam perarakan itu. 
Pada petang 30 Ogos, satu raptai penuh diadakan. Perarakan ini diketuai oleh Komander dari KESATRIA. Para komander diarahkan unutk berarak sambil membawa bendera Malaysia. Selesai raptai, komander diarah kan untuk datang ke DSG tepat pukul 9.00 pagi.
Pada pukul 9 pagi, semua komander telah bersedia di hadapan DSG. Sebelum acara dimulakan, sesi pemanasan badan diadakan. Komander diarahkan berkawad sebelum acara dimulakan. Bagi memastikan sambutan ini berjalan dengan sempurna, satu lagi raptai diadakan dimana semua komander diarahkan untuk naik ke pentas bersama 52 bendera Malaysia yang melambangkan 52 tahun kita merdeka.
Menjelang detik 12 malam, semua komander diarahkan untuk bersedia. Pada jam 11.55 malam, semua komander bersedia di belakang pentas. Dan tepat 12 malam, sorakan dan laungan merdeka disertai dengan jalur-jalur gemilang menggamitkan kemeriahan dan semangat di dalam DSG. 
Dengan komitmen yang sepenuhnya telah diberikan, perarakan itu telah berjaya dilaksanakan tanpa masalah.
Semoga semua rakyat Malaysia mendapat keberkatan dari Allah sempena malam yang penuh bermakna ini.

14 September 2009

LATIHAN INTENSIF KOMANDER JPAM UITM PAHANG KALI 3/2009

Pada 2 Ogos2009,satu lagi latihan itensif diadakan. Latihan ini diadakan di hadapan DSG. Latihan intensif merupakan latihan rutin bagi komander JPAM UiTM Pahang yang dilakukan setiap hari minggu bagi meningkatkan tahap kemahiran masing-masing. Latihan intensif tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja tetapi merangkumi semua kemahiran yang terdapat JPAM seperti Mengawal Kebakaran, Pertolongan Cemas, Penyelamat teknikal dan lain-lain lagi.Latihan kali ini lebih tetumpu kepada pembelajaran silibus kokurikulum pelajar.
Latihan kali ini lebih tertumpu kepada latihan kawad kaki dimana latihan telah diketuai oleh Sarjan Solahuddin. Semua komander diberi tunjuk ajar tentang kawad. Dengan komitmen 100% yang diberikan, latihan kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails