10 Mac 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera,setelah sekian lama tiada sebarang khabar berita yang terkini mengenai Kor SISPA UiTM, Jengka, Pahang. Alhamdulillah, pada hari ini pihak kami dapat kongsikan kisah suka duka kami sewaktu menjalani kursus melawan kebakaran yang telah diadakan pada 29 FEB-4 MAC 2016 (Isnin - Jumaat),kursus ini telah dijalankan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPA) selama tujuh hari. Sepanjang kursus tersebut kami telah dibekalkan dengan segala ilmu mengenai melawan kebakaran serta langkah-langkah untuk menangani, mengelakkan, dan memadam kebakaran berskala kecil mahupun besar. Setiap aspek keselamatan sewaktu kursus juga telah dititikberatkan oleh pihak berkenaan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku.

Alhamdulillah serta syukur ke hadrat Ilahi, seramai 13 anggota SISPA berserta 3 orang anggota unit Jengka telah berjaya untuk mengharungi kursus ini selama seminggu tanpa sebarang masalah. Perkongsian ilmu bersama anggota unit serta SISPA UiTM, Jengka, Pahang berlangsung dengan baik serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Nassrudin (Cik Yo) dan Encik Syed Saiful (Cik Katang) serta Lft. Muda (PA) Hafizi, selaku jurulatih yang telah banyak menyumbang ilmu kepada kami sewaktu kursus tersebut berlangsung di pusat latihan.

Berikut adalah bingkisan gambar berupa kenangan daripada pihak Kor SISPA, UiTM, Jengka, Pahang berserta barisan jurulatih sewaktu kursus berlangsung di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Wilayah Timur, Jengka, Pahang.


Hari terakhir kursus :







Persediaan makan pagi sebelum bermulanya latihan :




Kursus siri khas SISPA ( Melawan Kebakaran ), ditamatkan dengan majlis bacaan Yassin dan solat Dhuha pada waktu pagi dan bersurai. Semua kembali dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. Insyaallah, akan ada perkongsian berikutnya mengenai kursus selanjutnya bagi mengejar pertauliahan pada tahun ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails