10 Julai 2011

FESTIVAL SISWA PERTUNJUKAN MELAWAN KEBAKARAN


Pada 24 hingga 26 Jun 2011, JawatanKuasa Perwakilan Kolej Siswa (JPK Siswa) telah menganjurkan satu program yang diberi nama Festival Siswa dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit  UiTM Pahang. Kerjasama JPAM adalah dengan mengadakan satu Festival  Pertunjukan Melawan Kebakaran bagi semua pelajar siswa UiTM Pahang.  Festival ini diadakan bagi menguji semua anggota Kor SISPA tentang kemahiran yang telah dipelajari dan mendedahkan kepada pelajar-pelajar UiTM Pahang khususnya mengenai cara melawan kebakaran. Selain itu, mereka juga akan didedahkan dengan keadaan sebenar bagi mengatasi situasi semasa dalam kebakaran. Selepas pertunjukan tersebut Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan memberi peluang kepada siswa untuk mencuba melakukan melawan kebakaran yang mula-mula Pegawai Kadet SISPA telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan alat pemadam api. Sebelum hari pertunjukan tersebut iaitu pada 26 Jun 2011, Pegawai Kadet SISPA telah melakukan satu latihan supaya tidak akan berlakunya masalah dan bahaya pada tempat kejadian. Latihan tersebut dilakukan di PULAPAT Jengka, Pahang.

Festival ini diadakan di Kolej Siswa & Padang Berhampiran Blok I & J. Teori melawan kebakaran dan praktikal akan diadakan di tengah-tengah Masjid Uwais Al-Qarni dan blok J. Latihan dan program yang dijalankan juga bersesuaian dengan tempat yang dipilih memandangkan aktiviti kami melibatkan kawasan yang luas. Ia juga dinilai dari segi kos untuk mengadakan aktiviti di tempat ini.

Dengan pelaksanaan festival ini juga diharapkan akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota Kor SISPA dan pelajar-pelajar UiTM.  Semoga dengan pelaksanaan festival ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dalam melakukan praktikal. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam festival  ini yang banyak memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dan segala perancangan tercapai.

Sekian, Terima Kasih.

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails