10 Mac 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera,setelah sekian lama tiada sebarang khabar berita yang terkini mengenai Kor SISPA UiTM, Jengka, Pahang. Alhamdulillah, pada hari ini pihak kami dapat kongsikan kisah suka duka kami sewaktu menjalani kursus melawan kebakaran yang telah diadakan pada 29 FEB-4 MAC 2016 (Isnin - Jumaat),kursus ini telah dijalankan di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPA) selama tujuh hari. Sepanjang kursus tersebut kami telah dibekalkan dengan segala ilmu mengenai melawan kebakaran serta langkah-langkah untuk menangani, mengelakkan, dan memadam kebakaran berskala kecil mahupun besar. Setiap aspek keselamatan sewaktu kursus juga telah dititikberatkan oleh pihak berkenaan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku.

Alhamdulillah serta syukur ke hadrat Ilahi, seramai 13 anggota SISPA berserta 3 orang anggota unit Jengka telah berjaya untuk mengharungi kursus ini selama seminggu tanpa sebarang masalah. Perkongsian ilmu bersama anggota unit serta SISPA UiTM, Jengka, Pahang berlangsung dengan baik serta saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Nassrudin (Cik Yo) dan Encik Syed Saiful (Cik Katang) serta Lft. Muda (PA) Hafizi, selaku jurulatih yang telah banyak menyumbang ilmu kepada kami sewaktu kursus tersebut berlangsung di pusat latihan.

Berikut adalah bingkisan gambar berupa kenangan daripada pihak Kor SISPA, UiTM, Jengka, Pahang berserta barisan jurulatih sewaktu kursus berlangsung di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Wilayah Timur, Jengka, Pahang.


Hari terakhir kursus :







Persediaan makan pagi sebelum bermulanya latihan :




Kursus siri khas SISPA ( Melawan Kebakaran ), ditamatkan dengan majlis bacaan Yassin dan solat Dhuha pada waktu pagi dan bersurai. Semua kembali dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. Insyaallah, akan ada perkongsian berikutnya mengenai kursus selanjutnya bagi mengejar pertauliahan pada tahun ini.

01 Februari 2016

SETINGGI TINGGI TAHNIAH KEPADA
Y.A.S KETUA PESURUHJAYA (PA) TUAN HJ OGU SALIM BIN OMAR 

KETUA PENGARAH 
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

DIATAS PENGURNIAAN 
DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MAHKOTA WILAYAH 

YANG MEMBAWA GELARAN 'DATUK'

SEMPENA HARI WILAYAH PERSEKURUAN 2016

OLEH SPB YANG DIPERTUAN AGONG

DARI:

TIMBALAN KOMANDEN
AJUTEN
PEGAWAI-PEGAWAI BERSEKUTU KOR SISPA
PEGAWAI PENYELARAS
PEGAWAI SERANTA
PEGAWAI PASUKAN
PEGAWAI-PEGAWAI KADET SISPA
DAN WARGA KOR SISPA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG



27 Januari 2016

SETINGGI- TINGGI TAHNIAH KEPADA

Y.A.S Pj (PA) Dato' Haji Selamat B Haji Dahalan
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 

diatas pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) 
yang membawa gelaran  DATO'

Sempena Hari Ulangtahun keputereaan D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan KE -68
Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Ikhlas Daripada

Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UiTM Jengka Pahang

Timbalan Komanden
Ajuten
Pegawai -Pegawai Bersekutu
Pegawai Penyelaras
Pegawai-Pegawai Seranta 
Pegawai-Pegawai Muda
ASTP
Pegawai Kadet SiSPA
serta seluruh warga UiTM Jengka



TAKLIMAT DAN MESYUARAT PELARASAN KALI KEDUA
KO JABATAN PERTAHANAN AWAM (KO JPAM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG KAMPUS RAUB


ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 JPAM.

Masa: 2.30 PETANG - 5.00 PETANG 
Tarikh: 13 Januari 2016
Tempat: UiTM Pahang Kampus Raub.
Kehadiran:Y. Brs Lt M (PA) Faizat B Hassan (Penyelaras Kor SiSPA dan KO JPAM), Y. Brs SM (PA) Norisman (PPAD JPAM Raub),Y Brs SM (PA) Wan Malek Redzuan B Wan Zain (Pegawai Unit PUPA Jengka). Pegawai- Pegawai Seranta, ASTP -ASTP Kor SiSPA, Jurulatih-Jurulatih

Satu perjumpaan telah di langsungkan antara Pegawai Penyelarsa KO JPAM UiTM Jengka dengan PPAD daerah Raub dan Pegawai PUPA Jengka  bagi membincngkan pelarasan bagi pelaksanaan KOJPAM bagi pelajar pelajar KO terdiri dari palajar semester 1 sehingga 3 bagi melengkapkan silibus pembelajaran mereka dalam aktiviti kokurikulum wajib lulus bagi memenuhi kehendak universiti.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri olehketua jurulatih dan pegawai- pegawai seranta bagi menjelaskan dan menerangkan kaedah-kaedah pelaksanaan KOJPAM di kampus Raub selain dari di beri taklimat pentadbiran dan pengurusan pelajar dan universiti.

Mesyuarat kali kedua ini bertujuan untuk melihat perjalanan dan pengendalian KO JPAM dari aspek pelaksanaan dan pengurusan berjalan sepertimana yang di kehendaki dan di rancang pada peringkat awal. Perjumpaan kali kedua ini merupakan sesi penerangan fasa kedua bagi menerangkan lebih jelas dan holistik berkenaan pentadbiran dan tatacara pentadbiran KO JPAM di kampus baharu Raub agar selaras dengan pelaksaan di kampus Induk negeri yang terletak di Jengka Pahang.



TAKLIMAT DAN MESYUARAT PELARASAN KALI PERTAMA
KO JABATAN PERTAHANAN AWAM (KO JPAM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG KAMPUS RAUB


ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 JPAM.

Masa: 11 pagi - 4.00 petang
Tarikh: 23 Disember 2015
Tempat: UiTM Pahang Kampus Raub.
Kehadiran: En Mat Zaid B Yazid (Pegawai Kokurikulum UiTM Pahang), Y. Brs Lt M (PA) Faizat B Hassan (Penyelaras Kor SiSPA dan KO JPAM), Y. Brs SM (PA) Norisman (PPAD JPAM Raub),Lt M (PA) Abd Razak B Mamat ( Ketua Jurulatih KOJPAM & Kor SiSPA UiTM Pahang)


Satu perjumpaan telah di langsungkan antara Pegawai Penyelarsa KO JPAM UiTM Jengka dengan PPAD daerah Raub bagi membincngkan pelarasan bagi pelaksanaan KOJPAM bagi pelajar pelajar KO terdiri dari palajar semester 1 sehingga 3 bagi melengkapkan silibus pembelajaran mereka dalam aktiviti kokurikulum wajib lulus bagi memenuhi kehendak universiti.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri olehketua jurulatih dan pegawai- pegawai seranta bagi menjelaskan dan menerangkan kaedah-kaedah pelaksanaan KOJPAM di kampus Raub selain dari di beri taklimat pentadbiran dan pengurusan pelajar dan universiti.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails