27 Januari 2016

TAKLIMAT DAN MESYUARAT PELARASAN KALI KEDUA
KO JABATAN PERTAHANAN AWAM (KO JPAM)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG KAMPUS RAUB


ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM 1 JPAM.

Masa: 2.30 PETANG - 5.00 PETANG 
Tarikh: 13 Januari 2016
Tempat: UiTM Pahang Kampus Raub.
Kehadiran:Y. Brs Lt M (PA) Faizat B Hassan (Penyelaras Kor SiSPA dan KO JPAM), Y. Brs SM (PA) Norisman (PPAD JPAM Raub),Y Brs SM (PA) Wan Malek Redzuan B Wan Zain (Pegawai Unit PUPA Jengka). Pegawai- Pegawai Seranta, ASTP -ASTP Kor SiSPA, Jurulatih-Jurulatih

Satu perjumpaan telah di langsungkan antara Pegawai Penyelarsa KO JPAM UiTM Jengka dengan PPAD daerah Raub dan Pegawai PUPA Jengka  bagi membincngkan pelarasan bagi pelaksanaan KOJPAM bagi pelajar pelajar KO terdiri dari palajar semester 1 sehingga 3 bagi melengkapkan silibus pembelajaran mereka dalam aktiviti kokurikulum wajib lulus bagi memenuhi kehendak universiti.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri olehketua jurulatih dan pegawai- pegawai seranta bagi menjelaskan dan menerangkan kaedah-kaedah pelaksanaan KOJPAM di kampus Raub selain dari di beri taklimat pentadbiran dan pengurusan pelajar dan universiti.

Mesyuarat kali kedua ini bertujuan untuk melihat perjalanan dan pengendalian KO JPAM dari aspek pelaksanaan dan pengurusan berjalan sepertimana yang di kehendaki dan di rancang pada peringkat awal. Perjumpaan kali kedua ini merupakan sesi penerangan fasa kedua bagi menerangkan lebih jelas dan holistik berkenaan pentadbiran dan tatacara pentadbiran KO JPAM di kampus baharu Raub agar selaras dengan pelaksaan di kampus Induk negeri yang terletak di Jengka Pahang.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails