21 Oktober 2011

KURSUS MASAKAN KECEMASAN SIRI 07/2011


Pada 09 – 13 Oktober 2011, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) Jengka, Pahang telah mengadakan suatu kursus iaitu Kursus Masakan Kecemasan siri 07/2011. Ada 3 kursus yang dijalankan serentak oleh pusat latihan. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut adalah peserta daripada anggota sukarelawan dan juga Pegawai Kadet SISPA (PKS) unit UiTM Pahang. Seramai 45 orang yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut.
Pendaftaran dilakukan pada hari Ahad 09 Oktober 2011 pada jam 2.30 petang sehingga 6.30 petang. Disamping itu, setiap kursus yang dijalankan oleh pusat latihan, mempunyai taklimat tersendiri. Oleh yang demikian, selepas selesai pendaftaran peserta kursus, semua peserta diwajibkan menghadiri taklimat kursus selama 2 jam pada sebelah malam jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Taklimat tersebut perlu dihadiri kerana taklimat tersebut mengandungi semua perkara yang akan berlaku sepanjang kursus. Sepanjang kursus tersebut, pusat latihan telah meletakkan undang-undang tersendiri yang wajib diutamakan oleh semua peserta kursus. Dalam setiap kursus mempunyai teori atau pelajaran yang wajib diketahui oleh peserta-peserta kursus. Kursus ini mempunyai 11 teori iaitu tafsir masakan kecemasan, amalan kebersihan dan keselamatan, diet dan pemakanan, sukatan dan pengiraan, penyediaan stok bahan makanan, keperluan memasak, agihan tugas dan susunatur sajian, penyediaan pemilihan menu bahan masakan, petua makanan tahan lama, masakan yang dihadapi oleh petugas, dan perancangan memasak.
Disamping itu, setiap kursus yang dijalankan mempunyai praktikal tersendiri yang mempunyai markah untuk setiap peserta. Praktikal tersebut perlu dilaksanakan kerana jurulatih atau komadan dapat menilai setiap peserta. Markah diberi oleh jurulatih atau komandan PULAPAT sendiri. Praktikal tersebut akan dijalankan pada hari Rabu 12 Oktober 2011. Semua peserta wajib memasak untuk 3 waktu iaitu waktu makan pagi, waktu makan tengah hari dan waktu makan petang. Setiap masakan akan dirasa dan dinilai oleh jurulatih dan komandan PULAPAT.
Pada hari terakhir Khamis 13 Oktober 2011, hari berakhirnya Kursus Masakan Kecemasan Siri 07/2011. Hari tersebut telah menjalankan satu gotong-royong dan hari penutup. Hari penutup dirasmikan oleh, Lt. Kol (PA) Md Anuar Bin Jasmin iaitu Komandan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) Jengka, Pahang.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“SEDIA, PANTAS, DAN BERINTEGRITI”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails