15 September 2009

MALAM AMBANG MERDEKA 2009

Seperti kebiasaan malam merdeka, satu sambutan iaitu perarakan pasti akan diadakan. Seramai 17 orang komander JPAM telah terlibat dalam perarakan itu. 
Pada petang 30 Ogos, satu raptai penuh diadakan. Perarakan ini diketuai oleh Komander dari KESATRIA. Para komander diarahkan unutk berarak sambil membawa bendera Malaysia. Selesai raptai, komander diarah kan untuk datang ke DSG tepat pukul 9.00 pagi.
Pada pukul 9 pagi, semua komander telah bersedia di hadapan DSG. Sebelum acara dimulakan, sesi pemanasan badan diadakan. Komander diarahkan berkawad sebelum acara dimulakan. Bagi memastikan sambutan ini berjalan dengan sempurna, satu lagi raptai diadakan dimana semua komander diarahkan untuk naik ke pentas bersama 52 bendera Malaysia yang melambangkan 52 tahun kita merdeka.
Menjelang detik 12 malam, semua komander diarahkan untuk bersedia. Pada jam 11.55 malam, semua komander bersedia di belakang pentas. Dan tepat 12 malam, sorakan dan laungan merdeka disertai dengan jalur-jalur gemilang menggamitkan kemeriahan dan semangat di dalam DSG. 
Dengan komitmen yang sepenuhnya telah diberikan, perarakan itu telah berjaya dilaksanakan tanpa masalah.
Semoga semua rakyat Malaysia mendapat keberkatan dari Allah sempena malam yang penuh bermakna ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails