Pada 3 Oktober 2010, satu Majlis Makan Malam telah diadakan bagi meraikan komander-komander yang bakal menghabiskan pengajiaan mereka pada penghujung semester ini iaitu Komander Zulfahmi, Komander Saleha, Komander Haziqah, Komander Anuar, Komander Abdullah, Komander Amirul, Komander Aiman dan Komander Maisarah. Majlis makan malam tersebut disertakan dengan Majlis Penyerahan Kuasa Komander Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang.Majlis tersebut bertempat di Mercu View Resort, Jengka jam 8.30p.m dan berakhir pada 11.00p.m. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Komander dan Bakal Komander Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang. Majlis turut menjemput pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam (PULAPA Jengka) iaitu Tuan Razak, Tuan Abdul Aziz dan En.Sairon Aripin. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Razak. Selepas upacara perasmian, majlis diserahkan kepada mantan YDP Komander Zulfahmi bagi mengetuai Majlis Penyerahan Kuasa. Maka, lahirlah majlis tertinggi yang baru bagi menggantikan majlis tertinggi yang lama. Jawatan kuasa majlis tertinggi yang baru telah disandang oleh mereka ;
- Jawatan YDP yang baru telah diberi kepada Komander Khairul Hafizuddin Bin Abdul Rahman.
- Jawatan NYDP diberikan kepada Komander Nur Hidayah Binti Mohd Nawi.
- Jawatan setiausaha Komander Nursyawalna binti Mohamed Kamil.
- Jawatan bendahari diberikan kepada Komander Hayatul Nuffus Binti Mat Nawi.
- Jawatan Sarjan diberikan kepada Komander Norjuhaida Binti Amran.
- Jawatan Rejimen Sarjan Muda (RSM) Komander Nur Atiqah Binti Mohamad Sharif.
Sekian. wassalam.




0 Komentar:
Catat Ulasan