03 Mac 2012

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM BAHAGIAN 3 JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM) UNIT UiTM PAHANG

            Pada 17 – 19 February 2012, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang telah mengadakan satu Perkhemahan Kokurikulum Bahagian 3 sesi November 2011 - Mac 2012 yang diadakan di Hutan Lipur Gunung Senyum, Pahang. 
Perkhemahan tersebut diadakan selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran-kemahiran seperti Ascending and Descending, melawan kebakaran, dan kawad kaki. Pada hari pertama, pelajar diberi tugas untuk mendirikan khemah yang diperhatikan oleh Pegawai Kadet SISPA (PKS). Khemah tersebut hanya untuk pelajar siswa sahaja. Manakala, pelajar siswi telah diberikan dorm yang tidak jauh dari khemah. Pada malam pertama, pelajar diberi taklimat sepanjang perkhemahan dijalankan dan PKS telah membuat 5 kumpulan kepada pelajar-pelajar kokurikulum untuk membuat persembahan pada malam kedua. Pada hari kedua, pelajar-pelajar kokurikulum melakukan senaman pagi yang diketuai oleh PKS. Selepas itu, pelajar-pelajar kokurikulum  dibawa ke Gunung Senyum untuk mencuba jambatan yang kukuh. Selepas sarapan pagi, pelajar-pelajar kokurikulum telah menjalankan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh jurulatih-jurulatih JPAM sambil diperhatikan oleh PKS yang terlibat. Sebelum ujian dijalankan, pelajar-pelajar kokurikulum diberi latihan kawad kaki untuk mengingat langkah-langkah kawad kaki dan hukuman yang patut diikut oleh pelajar. Pada hari yang sama juga, pelajar-pelajar kokurikulum telah dibawa untuk ke Gunung Senyum bagi menjalankan aktiviti Ascending and Descending. Ascending and Descending tersebut wajib dilakukan oleh semua pelajar kokurikulum JPAM kecuali pelajar yang sakit. Pada malam kedua, PKS telah membuat BBQ untuk pelajar-pelajar kokurikulum dan juga jurulatih. Pada malam tersebut juga, pelajar-pelajar kokurikulum dikehendaki untuk membuat persembahan bagi menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kokurikulum dengan kerjasama diantara satu sama lain. Pada hari ketiga, pelajar-pelajar kokurikulum telah dibawa untuk melakukan satu aktiviti melawan kebakaran yang diketuai oleh jurulatih sendiri dan kerjasama PKS. Pada hari tersebut juga, pelajar-pelajar kokurikulum dibawa pulang ke UiTM Pahang Kampus Khazanah Alam.
Perkhemahan selama 3 hari ini, dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan berkerjasama disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran yang diberi oleh jurulatih dan juga Pegawai Kadet SISPA sendiri bagi menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perkhemahan tersebut adalah perkhemahan yang wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132).
Dengan melakukan perkhemahan tersebut, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3, Pegawai Kadet SISPA serta jurulatih-jurulatih yang selama ini mengajar dari bahagian 1, 2, dan 3. Alhamdulillah, perkhemahan kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini  telah berjalan dengan lancar sekali.
Sekian, Terima Kasih.























07 Januari 2012

PROGRAM KARNIVAL MAHASISWA (KASIMA) 2011

Pada 11 dan 12 December 2011, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Pahang telah menganjurkan suatu program yang diberi nama PROGRAM KARNIVAL MAHASISWA (KASIMA) sesi November 2011 – March 2012. Program ini telah diadakan pada setiap semester dengan ini Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) unit UiTM Pahang telah menjalankan tugas untuk membuat booth sendiri bagi mengenal lebih dalam lagi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Program tersebut bermula pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam selama 2 hari. Kali ini, SISPA unit UiTM Pahang telah menjalankan aktiviti jual-jualan iaitu menjual barang seperti baju JPAM, jaket, cawan JPAM dan sebagainya dan membuat skrin besar yang menyiarkan gambar-gambar aktiviti sepanjang semester.

Dengan perlaksanaan program ini juga, diharap dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara Pegawai Kadet SISPA serta jurulatih dari PULAPAT Jengka dan tidak lupa juga para pelajar UiTM Pahang. Semoga dengan perlaksanaan program ini, akan melahirkan lagi mahasiswa-mahasiswi yang berkemahiran, berintegriti dan cekap bagi menjamin masa depan agama, bangsa dan negara. Semua Pegawai Kadet SISPA berasa bersyukur atas perjalan yang dilalui bersama. Alhamdulilah, program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekali.

Sekian, Terima Kasih.
SEDIA, PANTAS, DAN BERINTEGRITI.








07 Disember 2011

PERHIMPUNAN KOR SISPA PERINGKAT KEBANGSAAN KE-2


Pada 9 hingga 12 November 2011, satu Perhimpunan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Ke-2 telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. Perhimpunan tersebut diadakan buat kali ke-2 yang sebelum ini diadakan di UiTM, Shah Alam. Perhimpunan ini adalah untuk pentauliahan Leftenan Muda (Ltm) Kor SISPA dan juga menjalankan pelbagai aktiviti. Aktiviti tersebut seperti pertandingan melawan kebakaran, pertolongan cemas, kawad kaki, ascending dan descending.
Pertandingan tersebut dipertandingkan oleh IPTA dan IPTS. Setiap IPTA dan IPTS ada wakilnya tersendiri untuk pertandingan tersebut. Bagi IPTA, untuk pertandingan melawan kebakaran iaitu UiTM Pahan, pertandingan kawad kaki iaitu UiTM Shah Alam, pertandingan pertolongan cemas iaitu UiTM Puncak Alam, dan pertandingan ascending dan descending iaitu UiTM Perak.
Universiti Teknologi Mara Pahang telah Berjaya dan memperolehi tempat pertama dalam kebangsaan. TAHNIAH DIUCAPKAN!!! TAHNIAH!!!
                                        “SEDIA, PANTAS, DAN BERINTEGRITI”











21 Oktober 2011

KURSUS MASAKAN KECEMASAN SIRI 07/2011


Pada 09 – 13 Oktober 2011, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) Jengka, Pahang telah mengadakan suatu kursus iaitu Kursus Masakan Kecemasan siri 07/2011. Ada 3 kursus yang dijalankan serentak oleh pusat latihan. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut adalah peserta daripada anggota sukarelawan dan juga Pegawai Kadet SISPA (PKS) unit UiTM Pahang. Seramai 45 orang yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut.
Pendaftaran dilakukan pada hari Ahad 09 Oktober 2011 pada jam 2.30 petang sehingga 6.30 petang. Disamping itu, setiap kursus yang dijalankan oleh pusat latihan, mempunyai taklimat tersendiri. Oleh yang demikian, selepas selesai pendaftaran peserta kursus, semua peserta diwajibkan menghadiri taklimat kursus selama 2 jam pada sebelah malam jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Taklimat tersebut perlu dihadiri kerana taklimat tersebut mengandungi semua perkara yang akan berlaku sepanjang kursus. Sepanjang kursus tersebut, pusat latihan telah meletakkan undang-undang tersendiri yang wajib diutamakan oleh semua peserta kursus. Dalam setiap kursus mempunyai teori atau pelajaran yang wajib diketahui oleh peserta-peserta kursus. Kursus ini mempunyai 11 teori iaitu tafsir masakan kecemasan, amalan kebersihan dan keselamatan, diet dan pemakanan, sukatan dan pengiraan, penyediaan stok bahan makanan, keperluan memasak, agihan tugas dan susunatur sajian, penyediaan pemilihan menu bahan masakan, petua makanan tahan lama, masakan yang dihadapi oleh petugas, dan perancangan memasak.
Disamping itu, setiap kursus yang dijalankan mempunyai praktikal tersendiri yang mempunyai markah untuk setiap peserta. Praktikal tersebut perlu dilaksanakan kerana jurulatih atau komadan dapat menilai setiap peserta. Markah diberi oleh jurulatih atau komandan PULAPAT sendiri. Praktikal tersebut akan dijalankan pada hari Rabu 12 Oktober 2011. Semua peserta wajib memasak untuk 3 waktu iaitu waktu makan pagi, waktu makan tengah hari dan waktu makan petang. Setiap masakan akan dirasa dan dinilai oleh jurulatih dan komandan PULAPAT.
Pada hari terakhir Khamis 13 Oktober 2011, hari berakhirnya Kursus Masakan Kecemasan Siri 07/2011. Hari tersebut telah menjalankan satu gotong-royong dan hari penutup. Hari penutup dirasmikan oleh, Lt. Kol (PA) Md Anuar Bin Jasmin iaitu Komandan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) Jengka, Pahang.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“SEDIA, PANTAS, DAN BERINTEGRITI”

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails