03 Mac 2010

HOMSIS DEKATKAN JPAM UiTM PAHANG DENGAN PELAJAR

ASSALAMUALAIKUM....

SEDIA PANTAS INTEGRITI

Satu demi satu aktiviti telah dijalankan sekaligus dijadikan sebagai platform kepada JPAM unit UiTM Pahang untuk mengetengahkan identiti JPAM kepada umum. Selepas pelancaran sispa baru-baru ini, Hari Organisasi Mahasiwa-Mahasiswi (HOMSIS) pula dijalankan. Tujuan HOMSIS dijalankan adalah bertujuan memberi peluang kepada kelab-kelab dan persatuan dalaman serta badan beruniform mengetengahkan identiti masing-masing kepada pelajar-pelajar. Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, JPAM tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam aktiviti ini bagi memeriahkan lagi acara sekaligus mempertontonkan apa yang JPAM ada kepada pelajar.


HOMSIS telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Y. Hormat. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hilmi
Ab Rahman pada malam 24/02. Pada majlis perasmian itu, JPAM telah menghantar wakil bagi iaitu komander-komander bagi Lintasan Hormat. Selesai majlis perasmian, Tuan Pengarah Kampus, Y. Hormat. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hilmi Ab Rahman mengambil kesempatan melawat beberapa booth dan booth JPAM adalah salah satu booth yang dilawati oleh beliau. Dan Komander JPAM yang ditugaskan unutk menjaga booth telah memberi penerangan yang begitu jelas kepada En. Mokhtar.






Sambutan pada malam pertama amat menggalakkan. Ramai pelajar tertarik akan ikatan-ikatan yang menjadi salah satu aktiviti di booth JPAM. Antara ikatan yang paling mencuri tumpuan ialan ikatan pencuri (Highwayman hitch). Dan seperti biasa, setiap pelajar yang berjaya melakukan apa tugasan yang diberikan oleh komander bertugas akan menerima hadiah. Ramai juga pelajar yang berminat untuk mempelajari cara-cara melakukan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR). Komander yamg bertugas menunjukkan demo bagi membolehkan pelajat memahami dengan lebih jelas akan teknik-teknik yang dilakukan.



Pada malam kedua, 25/02, sambutan masih lagi hangat di booth JPAM. Pelajar-pelajar tidak jemu bertanya akan kegunaan alatan yang dipamerkan di booth itu. Alatan Mengawal Kebakaran (MK), A&D, dan sebagainya telah dipamerkan. Sejarah penubuhan JPAM juga banyak diperkatakan. Ramai pelajar-plajar yang mula tertarik akan kelebihan yang ada pada JPAM dan ini merupakan satu tanda di mana JPAM mula diterima pelajar.

Selepas 2 hari berpenat lelah, kami merasakan usaha kami berbaloi da objektif HOMSIS juga terlaksana. Ini sekaligus meletakkan nama JPAM searas dengan semua kelab-kelab , persatuan dan badan beruniform yang ada di UiTM Pahang. Namun, setiap apa yang dibuat pasti ada kelemahan dan cacat celanya. Dan kelemahan akan kami turuti dengan pembaikan yang lebih baik untuk masa akan datang. Dan segala cacat cela itu, kami tutupi dengan ribuan kemaafan.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan Disimpan dalam hati.

Semoga hari mendatang akan lebih baik dari hari ini. Diharapkan nama JPAM akan terus meniti dari bibir ke bibir setiap pelajr UiTM pahang.

Sekian, terima kasih.





08 Februari 2010

KOR-SISPA DILANCARKAN

Assalamualaikum...

SEDIA,PANTAS & BERINTEGRITI.......









6 Feb 2010, Pertahanan Awam Malaysia selangkah lagi kehadapan dengan pelancaran Kokurikulum Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UiTM telah dilancarkan. Majlis pelancaran telah diadakan di Kompleks Sukan UiTM Malaysia. Siswa siswi pertahanan awam dari seluruh Malaysia hadir bagi menjayakan pelancaran ini.

UiTM Pahang juga tidak ketinggalan untuk menjayakan lagi majlis pelancaran ini. Seramai 32 orang yang terdiri daripada Komander, bakal komander dan pelajar Ko semester 3 terlibat. Dengan pelancaran ini, bermakna Pertahanan Awam Malaysia telah mengambil jalan yang terbaik bagi memastikan Pertahan Awam dikenali ramai.

Semoga dengan usaha pihak Jabatan Pertahana Awam Malaysia ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar UiTM.

Terima Kasih
Salam satu Malaysia

07 Disember 2009

KURSUS A&D DI PULAPA JENGKA


Salam....minta maaf banyak-banyak atas kelewatan update blog ni...

Kursus A&D telah diadakan pd 15-20 November 2009 yg lepas...antara yang terlibat menjayakan aktiviti ini ialah komander-komander JPAM unit UiTM Pahang, anggota pertahanan awam kuantan,dungun dan triang.

1st day: ikatan dan simpulan dalam A&D serta teknik-teknik melakukan ascending
2nd day:teknik-teknik melakukan descending(normal,spider,australian,normal rappeling with casualty)
3rd day:descending dengan teknik normal rappeling with casualty di GUNUNG SENYUM!!!!
4th day:ujian amali tentang ikatan dan simpulan serta kegunaannya
5th day:ujian bertulis dan raptai penutup oleh Cik Siti Nur Ain binti Muhamad Wahid


1st Day





sarjan Asarudin merangkap ketua jurulatih untuk a&d menunjukkan cara-cara membuat simpulan dan ikatan...semua simpulan dan ikatan yg sempat jurulatih-jurulatih ajar adalah sebanyak 40 jenis








2nd day...

teknik descending : australian..
inilah teknik descending paling mancabar antara normal dan spider descending...
semua peserta harus beri sepenuh keyakinan kepada jurulatih di atas menara dan di bawah menara atas keselamatan semasa membuat latihan...













 teknik descending : spider...
teknik ini agak mencabar kerana badan berada dalam keadaan terbalik dan hanya bergantung pada kekuatan tangan untuk turun dari menara...







turunkan mangsa guna teknik normal rappeling with casualty....
teknik ini hanya sesuai digunakan sekiranya mangsa dalam keadaan sedar sahaja...









family spider...


                                                                        3rd day...

                                                        kat gunung senyum...



 praktikal di gunung senyum guna teknik normal rappeling...lebih mencabar kerana terlalu banyak batu dan pokok nak dibandingkan dengan buat teknik ini di menara
                                                        







                                                                  
 teknik crossing / crawling dignakan untuk menyeberang curam / sungai dengan menggunakan tali yg dibentang melintangi kawasan yg hendak direntasi itu contohnya kami menyeberang tasik menggunakan teknik-teknik commando crawl dan monkey 1



menyeberang tasik / crossing menggunakan teknik commando crawl




menyeberang tasik menggunakan teknik monkey 1









                                                                       5th day...




setelah hampir seminggu menjalani kursus a&d, kini tiba masanya untuk menguji IQ masing-masing dengan ujian bertulis yg melibatkan keseluruhan pengetahuan tentang amali dan praktikal yg telah diajar...


majlis perasmian penutupan kursus






penyampaian sijil kursus kepada wakil peserta dari UiTM Pahang, JPAM Dungun,Kuantan dan Triang


penyampaian cenderahati kepada jurulatih kursus




Terima kasih atas tunjuk ajar semua jurulatih dan
semoga berjumpa lagi!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails