27 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAHLIL KEMERDEKAAN

Pada 18 Ogos 2011, badan unit beruniform Universiti Teknologi Pahang (UiTM) telah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa 2011 yang bertempat di Dewan UiTM Pahang. Majlis tersebut wajib disertai oleh semua pelajar kor semesta 1 seramai 1584 pelajar. Badan unit beruniform UiTM Pahang seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), KESATRIA dan Badan Pertolongan Cemas (BPC). Majlis Berbuka Puasa seperti ini, selalu dianjurkan setiap tahun pada bulan Ramadhan. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi siratulrahim dan kerjasama di antara setiap komander badan unit beruniform UiTM Pahang. Majlis tersebut merupakan majlis terbesar kerana majlis tersebut telah menjemput Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia iaitu Y.B Dato’ Saifuddin Bin Abdullah. Maka itu, majlis tersebut perlu dilaksanakan dengan sempurna bagi menaikkan lagi nama setiap badan unit beruniform UiTM Pahang. Majlis tersebut mula dijalankan dengan mengadakan meeting yang wajib dihadiri semua komander badan unit beruniform UiTM Pahang.

Setiap majlis mesti mempunyai tentatif program tersendiri. Maka, majlis seperti ini wajib dilakukan dengan mengikut setiap perjalanan yang akan berlaku pada hari kejadian. Dibawah ini merupakan tentatif program untuk Majlis Berbuka Puasa 2011:

5.00 – 6.30 petang    : Ketibaan Pelajar Semesta 1
                               Persiapan untuk berbuka puasa
6.30 – 7.10 malam     : Ketibaan VIP & VVIP
                               Tahlil Kemerdekaan
7.25 – 7.30 malam     : Azan Magrib
                               Bacaan doa makan dan berbuka puasa
7.30 – 7.45 malam     : Solat Magrib
8.00 – 8.30 malam     : Jamuan Makan
8.30 – 10.30 malam   : Solat Isyak, Solat terawih
10.30 – 10.45 malam : Ucapan Prof Madya Dato’Dr. Hj Hilmi bin Abdul Rahman
                               Rektor. UiTM Cawangan Pahang
10.45 – 11.00 malam : Ucapan Y.B Dato’ Saifuddin Abdullah
                               Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
11.00 – 11.30 malam : Moreh
11.30 – 11.45 malam : Bersurai

Alhamdullilah, majlis tersbut telah dilaksanakan dengan sempurna sekali dengan kerjasama semua komander badan unit beruniform UiTM Pahang. Bak kata komander, “seorang penat, semua penat”. Maka, tiada seorang komander yang curi tulang dalam menjalankan majlis tersebut.

Sekian, Terima Kasih.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.








10 Julai 2011

FESTIVAL SISWA PERTUNJUKAN MELAWAN KEBAKARAN


Pada 24 hingga 26 Jun 2011, JawatanKuasa Perwakilan Kolej Siswa (JPK Siswa) telah menganjurkan satu program yang diberi nama Festival Siswa dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit  UiTM Pahang. Kerjasama JPAM adalah dengan mengadakan satu Festival  Pertunjukan Melawan Kebakaran bagi semua pelajar siswa UiTM Pahang.  Festival ini diadakan bagi menguji semua anggota Kor SISPA tentang kemahiran yang telah dipelajari dan mendedahkan kepada pelajar-pelajar UiTM Pahang khususnya mengenai cara melawan kebakaran. Selain itu, mereka juga akan didedahkan dengan keadaan sebenar bagi mengatasi situasi semasa dalam kebakaran. Selepas pertunjukan tersebut Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan memberi peluang kepada siswa untuk mencuba melakukan melawan kebakaran yang mula-mula Pegawai Kadet SISPA telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan alat pemadam api. Sebelum hari pertunjukan tersebut iaitu pada 26 Jun 2011, Pegawai Kadet SISPA telah melakukan satu latihan supaya tidak akan berlakunya masalah dan bahaya pada tempat kejadian. Latihan tersebut dilakukan di PULAPAT Jengka, Pahang.

Festival ini diadakan di Kolej Siswa & Padang Berhampiran Blok I & J. Teori melawan kebakaran dan praktikal akan diadakan di tengah-tengah Masjid Uwais Al-Qarni dan blok J. Latihan dan program yang dijalankan juga bersesuaian dengan tempat yang dipilih memandangkan aktiviti kami melibatkan kawasan yang luas. Ia juga dinilai dari segi kos untuk mengadakan aktiviti di tempat ini.

Dengan pelaksanaan festival ini juga diharapkan akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota Kor SISPA dan pelajar-pelajar UiTM.  Semoga dengan pelaksanaan festival ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dalam melakukan praktikal. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam festival  ini yang banyak memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dan segala perancangan tercapai.

Sekian, Terima Kasih.

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”





26 Jun 2011

PROGRAM KARNIVAL MAHASISWA 2011

Pada 17 hingga 19 Jun 2011, Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang atau nama sinonimnya adalah Jawatan Kuasa Perwakilan Komander SISPA unit UiTM Pahang akan mengadakan suatu program yang diberi nama Program Karnival Mahasiswa 2011 (KASIMA) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Pahang yang merupakan salah satu aktiviti utama UiTM Pahang pada setiap semester termasuk semester kali ini. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan disamping mendedahkan lagi JPAM kepada masyarakat universiti terutamanya para pelajar UiTM Pahang. Selain itu, aktiviti ini bukan sahaja bertujuan melatih dan mendedahkan Pegawai Kadet SISPA dan juga semua dalam melakukan aktiviti yang melibatkan masyarakat, program ini yang bakal disertai oleh Pegawai Kadet SISPA sendiri dan juga jurulatih dari PULAPAT Jengka yang akan mengeratkan lagi keserasian semasa bertugas dalam kumpulan. Aktiviti ini juga merangkumi sebahagian besar aktiviti yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Perwakilan Komander SISPA bagi sesi semester kali ini. Aktiviti ini akan diadakan di sekitar Dewan Serbaguna UiTM Pahang dan dijalankan selama 2 malam.

Dengan pelaksanaan aktiviti ini juga diharap dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara Pegawai Kadet SISPA serta jurulatih dari PULAPAT Jengka dan bersama para pelajar UiTM Pahang. Semoga dengan pelaksanaan aktiviti ini, akan melahirkan lagi mahasiswa-mahasiswi yang berkemahiran, berintegriti dan cekap bagi menjamin masa depan agama, bangsa dan negara. Semua Pegawai Kadet SISPA berasa bersyukur atas perjalan yang dilalui bersama. Alhamdulilah, program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekali.

Sekian, Terima Kasih.



16 Mei 2011

KEM PEMANTAPAN KOMANDER DAN HARI KELUARGA SISPA UNIT UiTM PAHANG

Pada 6 hingga 8 Mei 2011, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Unit UiTM Pahang telah mengadakan satu program yang diberi nama Kem Pemantapan Komander dan Family Day (Hari Keluarga) JPAM Unit UiTM Pahang. Program tersebut telah diadakan di Pantai Puteri, Melaka. Program ini dijalankan adalah untuk memberi semangat berpasukan diantara mantan-mantan komander, komander baru dan bakal komander. Seramai 31 orang komander SISPA unit UiTM Pahang yang telah menjalankan program tersebut. Program ini juga membuat satu sukaneka yang dikatakan Family Day. Sebelum hari bertolaknya ke Melaka, semua komander diwajibkan berada di UiTM Pahang untuk membuat persiapan ke Melaka dan pada malam itu juga telah diadakan mesyuarat yang bertempat di kilang kayu. Mesyuarat tersebut membentangkan segala aktiviti atau kertas kerja yang akan dijalankan di perkhemahan dan destinasi yang akan pergi. Semua komander diwajibkan bermalam di Pantai Puteri, Melaka. Dalam mesyuarat tersebut juga, komander telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk membeli barang amanah yang ditugaskan oleh mantan-mantan yang telah membuat senarai barang setiap kumpulan dan barang amanah tersebut akan digunakan semasa perkhemahan.

Pada 6 Mei 2011, jam 3 petang semua komander telah berkumpul di kilang kayu untuk bertolak ke Melaka. Setelah semua komander berkumpul di kilang kayu, lebih kurang jam 3.30 petang bas UiTM sampai dan semua komander bertolak ke Melaka. Perjalanan selama 4 jam, bas UiTM telah berhenti di Jempol untuk makan malam. Selepas makan malam, perjalanan diteruskan ke destinasi yang mana komander diarahkan untuk membeli barang amanah mengikut kumpulan masing-masing di Tesco Melaka. Setelah habis membeli barang amanah, semua komander bertolah untuk ke destiasi seterusnya iatitu Dataran Pahlawan. Pada jam 11 malam, semua komander telah sampai ke destinasi tersebut. Semua komander telah diberikan masa selama sejam setengah untuk membeli barang. Di Dataran Pahlawan, ada pasar malam yang menjual barang seperti baju, tali pinggang, cendera hati dan sebagainya. Selepas habis masa yang diberikan selama sejam setengah, semua komander akan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Pantai Puteri, Melaka tempat untuk semua komander bermalam. Tiba di pantai tersebut, semua komader bekerjasama untuk mendirikan khemah yang besar boleh memuatkan semua komander bermalam tetapi ada komander yang jaga malam untuk menjaga khemah tersebut daripada sebarang kecurian atau masalah yang berlaku.

Hari yang seterusnya, pada jam 5 pagi, komander yang terjaga telah membuat sarapan pagi dan sarapan tersebut dimasak dengan menggunakan segala bahan yang dibawa ke tempat perkhemahan dan juga menggunakan barang amanah. Selepas sarapan pagi, sukaneka telah bermula. Sukaneka tersebut dibahagikan kepada 3 kumpulan yang diberi nama kumpulan jaguar, kumpulan cheetar dan kumpulan liger. Sukaneka yang dijalankan seperti drawing face, istana pasir, tarik tali dan makan buah epal tergantung. Semua kumpulan semangat dan bekerjasama untuk memenangi sukaneka tersebut. Setelah itu, semua komander pergi mandi pantai selaman mana yang mungkin. Lebih kurang jam 10.30 pagi, semua komander terjumpa dengan anggota Pertahanan Awam yang beroperasi di pantai tersebut untuk mengawal keselamatan daripada segala masalah seperti lemas dan sebagainya. Anggota Pertahanan Awam tersebut telah memberikan tunjuk ajar kepada semua komander cara-cara memberanikan diri dengan pantai atau laut, berenang, dan sebagainya. Selepas itu, semua komander membersihkan diri, masak makanan tengah hari dan bersihkan kawasan perkhemahan serta menurunkan khemah. Pada jam 3 petang, semua komander telah bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Zoo Melaka. Setelah pergi ke Zoo Melaka, pada jam 7 malam, semua komander pergi makan malam di Restoran Ikan Bakar Laksamana bersama-sama dengan keluarga Lt. Muda (PA) Sairun Aripin Bin Idon. Selepas itu, semua komander bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia. Pada jam 11.30, semua komander balik semula ke kawasan perkhemahan untuk bermalam.

Pada 8 Mei 2011, hari yang terakhir untuk semua komander berada di Pantai Puteri, Melaka. Pada jam 5 pagi, macam biasa komander yang terjaga akan masak masakan sarapan pagi. Selepas semua komander sarapan pagi, sukaneka bersambung balik seperti futsal dan sebagainya. Selepas itu juga, semua komander pergi mandi pantai buat kali yang terakhir. Pada jam 11 pagi, persiapan diri dan bersihkan kawasan perkhemahan telah dijalankan kerana semua komander akan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu A Famosa dan sambil itu. Pada jam 2 petang, semua komander akan bertolak balik ke UiTM Pahang tetapi dalam perjalanan tersebut, lebih kurang 3 jam bas UiTM akan berhenti di tepi jalan untuk makan durian di Maran. Pada jam 8 malam, semua komander selamat tiba ke UiTM Pahang. Pada hari seterusnya, semua komader akan membuat destinasi sendiri iaitu balik ke rumah masing-masing.

Semua komander nampak begitu kepenatan selepas balik dari Pantai Puteri, Melaka tetapi semua komander banyak memberikan kerjasama diantara satu sama lain. Komander baru dan juga bakal komander mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mantan-mantan yang banyak meluangkan masa bersama dan banyak bekerja keras untuk menjayakan aktiviti seperti ini. Semoga komander baru dan bakal komader tidak akan lupa jasa baik dan pengorbanan yang telah diberikan oleh mantan-mantan.

Sekian, Terima Kasih.

SEDIA, PANTAS, BERINTEGRITI














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails