21 Oktober 2011

KURSUS MASAKAN KECEMASAN SIRI 07/2011


Pada 09 – 13 Oktober 2011, Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) Jengka, Pahang telah mengadakan suatu kursus iaitu Kursus Masakan Kecemasan siri 07/2011. Ada 3 kursus yang dijalankan serentak oleh pusat latihan. Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut adalah peserta daripada anggota sukarelawan dan juga Pegawai Kadet SISPA (PKS) unit UiTM Pahang. Seramai 45 orang yang mengambil bahagian dalam kursus tersebut.
Pendaftaran dilakukan pada hari Ahad 09 Oktober 2011 pada jam 2.30 petang sehingga 6.30 petang. Disamping itu, setiap kursus yang dijalankan oleh pusat latihan, mempunyai taklimat tersendiri. Oleh yang demikian, selepas selesai pendaftaran peserta kursus, semua peserta diwajibkan menghadiri taklimat kursus selama 2 jam pada sebelah malam jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Taklimat tersebut perlu dihadiri kerana taklimat tersebut mengandungi semua perkara yang akan berlaku sepanjang kursus. Sepanjang kursus tersebut, pusat latihan telah meletakkan undang-undang tersendiri yang wajib diutamakan oleh semua peserta kursus. Dalam setiap kursus mempunyai teori atau pelajaran yang wajib diketahui oleh peserta-peserta kursus. Kursus ini mempunyai 11 teori iaitu tafsir masakan kecemasan, amalan kebersihan dan keselamatan, diet dan pemakanan, sukatan dan pengiraan, penyediaan stok bahan makanan, keperluan memasak, agihan tugas dan susunatur sajian, penyediaan pemilihan menu bahan masakan, petua makanan tahan lama, masakan yang dihadapi oleh petugas, dan perancangan memasak.
Disamping itu, setiap kursus yang dijalankan mempunyai praktikal tersendiri yang mempunyai markah untuk setiap peserta. Praktikal tersebut perlu dilaksanakan kerana jurulatih atau komadan dapat menilai setiap peserta. Markah diberi oleh jurulatih atau komandan PULAPAT sendiri. Praktikal tersebut akan dijalankan pada hari Rabu 12 Oktober 2011. Semua peserta wajib memasak untuk 3 waktu iaitu waktu makan pagi, waktu makan tengah hari dan waktu makan petang. Setiap masakan akan dirasa dan dinilai oleh jurulatih dan komandan PULAPAT.
Pada hari terakhir Khamis 13 Oktober 2011, hari berakhirnya Kursus Masakan Kecemasan Siri 07/2011. Hari tersebut telah menjalankan satu gotong-royong dan hari penutup. Hari penutup dirasmikan oleh, Lt. Kol (PA) Md Anuar Bin Jasmin iaitu Komandan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) Jengka, Pahang.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“SEDIA, PANTAS, DAN BERINTEGRITI”

23 September 2011

KEM LATIHAN KOKURIKULUM BAHAGIAN 3


Pada 10 - 11 September 2011, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang telah mengadakan satu kem kokurikulum bahagian 3 (April – September) yang diadakan di Mini Stadium, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Kampus Khazanah Alam. Kem ini diadakan selama 2 hari dan kem tersebut berdekatan dengan kolej masing-masing. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3 akan menginap di kolej masing-masing yang tidak mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi hanya membuat perbelanjaan makan dan minum sahaja. Kem tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dengan mengadakan latihan amali bagi pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3.
Kem tersebut dilakukan bersama-sama dengan jurulatih dan juga dibantu oleh Pegawai Kadet SISPA unit UiTM Pahang. Kem selama 2 hari ini dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan berkerjasama disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran yang diberi oleh jurulatih dan juga Pegawai Kadet SISPA sendiri bagi menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kem tersebut adalah kem yang wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132) yang dianggotai seramai 208 orang. Kem tersebut telah melakukan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh Pegawai Kadet SISPA yang terlatih pada permulaan kem. Sebelum melakukan ujian kawad kaki, Pegawai Kadet SISPA telah mebuat satu senaman pagi atau aktiviti riadah. Selain itu, aktiviti yang dijalankan di kem tersebut seperti aktiviti simulasi yang dilakukan pada hari ahad yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kor bahagian 3 sendiri seperti membuat watak seperti mangsa cedera parah, maut, mangsa sakit, mangsa ribut, mangsa langgar lari, dan tidak lupa juga watak menjadi wartawan. Simulasi ini mempunyai markah tersendiri yang dinilai oleh jurulatih dan juga Pegawai Kadet SISPA.
Dengan melakukan kem tersebut, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar kokurikulum bahagian 3, Pegawai Kadet SISPA serta jurulatih-jurulatih yang selama ini mengajar dari bahagian 1, 2, dan 3. Alhamdulillah, kem kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini  telah berjalan dengan lancar sekali. Walaubagaimanpun, mempunyai masalah teknikal.

Sekian, Terima Kasih.








 

27 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TAHLIL KEMERDEKAAN

Pada 18 Ogos 2011, badan unit beruniform Universiti Teknologi Pahang (UiTM) telah menganjurkan satu Majlis Berbuka Puasa 2011 yang bertempat di Dewan UiTM Pahang. Majlis tersebut wajib disertai oleh semua pelajar kor semesta 1 seramai 1584 pelajar. Badan unit beruniform UiTM Pahang seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), KESATRIA dan Badan Pertolongan Cemas (BPC). Majlis Berbuka Puasa seperti ini, selalu dianjurkan setiap tahun pada bulan Ramadhan. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi siratulrahim dan kerjasama di antara setiap komander badan unit beruniform UiTM Pahang. Majlis tersebut merupakan majlis terbesar kerana majlis tersebut telah menjemput Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia iaitu Y.B Dato’ Saifuddin Bin Abdullah. Maka itu, majlis tersebut perlu dilaksanakan dengan sempurna bagi menaikkan lagi nama setiap badan unit beruniform UiTM Pahang. Majlis tersebut mula dijalankan dengan mengadakan meeting yang wajib dihadiri semua komander badan unit beruniform UiTM Pahang.

Setiap majlis mesti mempunyai tentatif program tersendiri. Maka, majlis seperti ini wajib dilakukan dengan mengikut setiap perjalanan yang akan berlaku pada hari kejadian. Dibawah ini merupakan tentatif program untuk Majlis Berbuka Puasa 2011:

5.00 – 6.30 petang    : Ketibaan Pelajar Semesta 1
                               Persiapan untuk berbuka puasa
6.30 – 7.10 malam     : Ketibaan VIP & VVIP
                               Tahlil Kemerdekaan
7.25 – 7.30 malam     : Azan Magrib
                               Bacaan doa makan dan berbuka puasa
7.30 – 7.45 malam     : Solat Magrib
8.00 – 8.30 malam     : Jamuan Makan
8.30 – 10.30 malam   : Solat Isyak, Solat terawih
10.30 – 10.45 malam : Ucapan Prof Madya Dato’Dr. Hj Hilmi bin Abdul Rahman
                               Rektor. UiTM Cawangan Pahang
10.45 – 11.00 malam : Ucapan Y.B Dato’ Saifuddin Abdullah
                               Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
11.00 – 11.30 malam : Moreh
11.30 – 11.45 malam : Bersurai

Alhamdullilah, majlis tersbut telah dilaksanakan dengan sempurna sekali dengan kerjasama semua komander badan unit beruniform UiTM Pahang. Bak kata komander, “seorang penat, semua penat”. Maka, tiada seorang komander yang curi tulang dalam menjalankan majlis tersebut.

Sekian, Terima Kasih.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.








10 Julai 2011

FESTIVAL SISWA PERTUNJUKAN MELAWAN KEBAKARAN


Pada 24 hingga 26 Jun 2011, JawatanKuasa Perwakilan Kolej Siswa (JPK Siswa) telah menganjurkan satu program yang diberi nama Festival Siswa dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Unit  UiTM Pahang. Kerjasama JPAM adalah dengan mengadakan satu Festival  Pertunjukan Melawan Kebakaran bagi semua pelajar siswa UiTM Pahang.  Festival ini diadakan bagi menguji semua anggota Kor SISPA tentang kemahiran yang telah dipelajari dan mendedahkan kepada pelajar-pelajar UiTM Pahang khususnya mengenai cara melawan kebakaran. Selain itu, mereka juga akan didedahkan dengan keadaan sebenar bagi mengatasi situasi semasa dalam kebakaran. Selepas pertunjukan tersebut Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan memberi peluang kepada siswa untuk mencuba melakukan melawan kebakaran yang mula-mula Pegawai Kadet SISPA telah memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menggunakan alat pemadam api. Sebelum hari pertunjukan tersebut iaitu pada 26 Jun 2011, Pegawai Kadet SISPA telah melakukan satu latihan supaya tidak akan berlakunya masalah dan bahaya pada tempat kejadian. Latihan tersebut dilakukan di PULAPAT Jengka, Pahang.

Festival ini diadakan di Kolej Siswa & Padang Berhampiran Blok I & J. Teori melawan kebakaran dan praktikal akan diadakan di tengah-tengah Masjid Uwais Al-Qarni dan blok J. Latihan dan program yang dijalankan juga bersesuaian dengan tempat yang dipilih memandangkan aktiviti kami melibatkan kawasan yang luas. Ia juga dinilai dari segi kos untuk mengadakan aktiviti di tempat ini.

Dengan pelaksanaan festival ini juga diharapkan akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota Kor SISPA dan pelajar-pelajar UiTM.  Semoga dengan pelaksanaan festival ini akan melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan luas dalam melakukan praktikal. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam festival  ini yang banyak memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar dan segala perancangan tercapai.

Sekian, Terima Kasih.

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails