12 Januari 2009

KO-Kurikulum JPAM Pelajar Semester 1 - 12/1/2009

Hari ini Ko-kurikulum berjalan dengan lancar. Pada awalnya kawad kaki dirancang utk diisi sebagai latihan pada jam pertama. Tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan telah mengawalkan lagi para pelajar untuk masuk ke dalam Dewan Kuliah bagi sesi kuliah.

Kuliah hari ini adalah mengenai asas-asas dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang merangkumi kursus-kursus, keanggotaan dan banyak lagi. Kuliah disampaikan oleh Jurulatih JPAM, Tuan Razak. Kelihatan para pelajar agak tertarik dengan kuliah hari ini. Dan sekali gus menjadikan mereka bersemangat untuk terus aktif dalam Ko JPAM ini. Mana tau nanti mereka juga akan mengganti para komander JPAM Unit UiTM Pahang.

Sementara sesi kuliah berjalan, para komander berkumpul untuk taklimat dari Tuan Sairun Aripin, Penyelaras Ko JPAM Unit UiTM Pahang. Taklimat selama sejam adalah pemberitahuan terkini tentang aktiviti-aktiviti akan datang komander disusuli beberapa pesanan mengenai tahap disiplin komander.
Taklimat diakhiri dengan pemberian hadiah dari para Komander JPAM kepada Tuan Sairun sebagai tanda tahniah diatas kelahiran cahaya mata beliau. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tuan Sairun.

1 ulasan:

meister berkata...

assalamualaikum.. nie gua nk mrah nie.. gmbar gua xde pn dlm nie..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails