13 Mac 2009

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KOMANDER 2009

         Majlis Pemakaian Pangkat bagi komander baru serta kenaikan pangkat bagi komander lama telah diadakan pada 9 Februari 2009 bertempat di Dataran Intelek,Universiti Teknologi MARA Pahang. Majlis ini melibatkan SISPA,KESATRIA,BSMM serta BRASSBAND. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus dan disaksikan oleh pelajar KO bahagian satu daripada semua badan beruniform.
        Majlis Pemakaian Pangkat telah bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang. Majlis ini berjalan dengan lancar,meskipun terdapat beberapa masalah teknikal berlaku sepanjang majlis ini berlangsung. Tahniah diucapkan kepada SISPA yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam majlis ini. Skuad Komander JPAM cawangan UiTM Pahang telah diketuai oleh Komander Muhammad Solahuddin Bin Misebah. Tahniah diucapkan kepada Komander yang terlibat kerana berusaha dalam menjayakan majlis ini dan juga kepada semua komander yang terlibat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails