24 Julai 2009

HARI ORGANISASI MAHASISWA/MAHASISWI (HOMSIS) 2009

Pada 23-24hb Julai 2009, berlangsungnya Hari Organisasi Mahasiswa/Mahasiswi (HOMSIS).Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua pasukan berunifom, kelab-kelab dan persatuan menonjolkan identiti masing-masing kepada semua pelajar UiTM. Program ini telah dirasmikan oleh En Muhd Mokhtar B Samat, TP HEP UiTM Pahang.Semasa majlis perasmian diadakan, kawad kawalan telah diadakan dan 10 orang komander JPAM telah mengambil bahagian. Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) unit UiTM pahang turut mengambil bahagian pada program ini. Ini kerana program sebeginilah yang memberi peluang kepada JPAM unit UiTM Pahang memperkenalkan kepada pelajar apa itu JPAM supaya JPAM mendapat perhatian semua pihak dan berjaya menarik minat pelajar-pelajar junior untuk menyertai JPAM. JPAM telah menyiapkan satu booth bagi membolehkan pelajar-pelajar singgah dan mempelajari apa itu JPAM.

Di booth JPAM, terdapat pelbagai aktiviti disediakan. Antaranya ialah aktiviti ikatan, dan permainan yang sangat menarik. Selain itu juga, JPAM juga ada mempamerkan pelbagai alatan berkaitan dengan menyelamat dan mengawal kebakaran. Di booth juga, komander-komander ditugaskan untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar yang ingin mengetahui tentang apa yang dipamerkan. Pada malam pertama, booth JPAM dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang tertarik dengan ikatan dan simpulan. Mereka diajar oleh komander-komander. Disamping mereka mempelajari ikatan dan simpulan, mereka juga diuji oleh komander, dan sekiranya mereka dapat menjawab, hadiah ada disediakan.

Pada malam berikutnya, keadaan sama seperti malam sebelumnya. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Hilmi. Dan seperti tahun sebelum ini, setiap booth dinilai dan satu pertandingan diadakan. Bagi booth badan berunifom, JPAM telah berjaya mempertahankan status sebagai juara apabila sekali lagi dinobatkan sebagai booth terbaik.

Walaupun keletihan dirasai, namun melihat kepada sambutan yang diberi, segala keletihan itu hilang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua komander JPAM kerana berjaya menonjolkan identiti JPAM kepada pelajar-pelajar UiTM. Tahniah juga diucapkan kerana berjaya mempertahankan gelaran booth terbaik buat kali kedua berturut-turut.TAHNIAH.......

Semoga masa akan datang menjadi lebih baik dari hari ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails