09 Ogos 2009

LATIHAN INTENSIF KOMANDER JPAM UITM PAHANG KALI 2/2009

 
 

Pada 19 Julai 2009,satu lagi latihan itensif diadakan. Latihan ini diadakan di hadapan DSG. Latihan intensif merupakan latihan rutin bagi komander JPAM UiTM Pahang yang dilakukan setiap hari minggu bagi meningkatkan tahap kemahiran masing-masing. Latihan intensif tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja tetapi merangkumi semua kemahiran yang terdapat JPAM seperti Mengawal Kebakaran, Pertolongan Cemas, Penyelamat teknikal dan lain-lain lagi.Latihan kali ini lebih tetumpu kepada pembelajaran silibus kokurikulum pelajar.

Latihan dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh komander Amirul Afiq. Selepas itu, latihan kawad dimulakan yang diketuai oleh Komander Solahuddin. Selesai latihan kawad kaki, komander dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan dipilih mengikut silibus yang akan diajar komander iaitu silibus semester 1 dan semester 2. Setiap kumpulan diketuai oleh komander Solahuddin dan Komander Amirul Afiq. Setiap ahli kumpulan, yang rata-rata komander baru diberi tunjuk ajar protokol ketika mengajar dengan betul.Selain itu,komander baru juga diberi satu ujian suara bagi memastikan tiada masalah ketika mengendalikan platun.

Ini penting bagi memastikan apa yang ingin diajar sampai kepada pelajar-pelajar kokurikulum. Selain itu juga, komander juga diajar tentang protokol yang betul ketika mengambil baris penuh.Latihan tamat pada pukul 11.30 pagi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails