18 Februari 2011

KURSUS ASAS SESI 1/2011



Pada 28 sehingga 30 Januari 2011, bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) telah diadakan satu Kursus Asas Sesi 1/2011 yang melibatkan seramai 34 komander JPAM unit UiTM Pahang dan beberapa ahli sukerela daripada sekitar Jengka, Pahang yang turut serta menjayakan kursus asas ini. Kursus tersebut, bermula dengan pendaftaran untuk semua peserta pada hari pertama. Pada sebelah petang, taklimat tentang aktiviti yang akan berlangsung sepanjang kursus asas dijalankan dan pada sebelah malamnya pula, telah bermulanya aktiviti iaitu sesi praktikal menyelamatkan diri dari bangunan terbakar.

Keesokan harinya, 29 Januari 2011, pada pagi yang indah kesemua peserta dikehendaki berkumpul dan sesi menaikkan bendera disertakan dengan nyanyian lagu dan selepas itu latihan kawad kaki diadakan dimana aktiviti ini akan diadakan pada setiap pagi sepanjang kursus tersebut. Selepas menaikkan bendera dan latihan kawad kaki, kesemua komander telah melakukan praktikal menyelamat di mana komander harus mengikat mangsa dan membawa mangsa menggunakan stretcher melalui tangga, bukit serta menurunkan mangsa dari tempat tinggi. Di sebelah petangnya pula, kesemua peserta telah meredah hutan berhampiran dengan PULAPA, melalui 6 anak sungai termasuk selut dan paya, pelbagai ragam yang dapat kami saksikan. Pada sebelah malam, aktiviti seterusnya ialah praktikal ikatan dan simpulan yang mempunyai 11 ikatan.

Pada hari ketiga, 30 Januari 2011, pagi ahad aktiviti iaitu teori dan disertakan dengan praktikal CPR dan tercekik (choking), yang dapat memberikan tunjuk ajar kepada semua peserta bagaimana menyelamatkan orang yang terhenti pernafasan atau tercekit (choking). Selepas itu, aktiviti terakhir telah dijalankan walaubagaimanapun pada waktu hujan kesemua peserta tetap melakukan teori dan praktikal melawan kebakaran seperti melemaskan dan menyejukkan api. Walaupun penat dan keadaan tidak mengizinkan tapi kesemua peserta berasa seronok dapat menimba ilmu dan pengalaman sepanjang kursus asas tersebut. Pada jam 12.30, majlis penutup Kursus Asas Sesi 1/2011 telah berlangsung dan berakhir selama sejam yang diserta dengan sijil menandakan tamatnya kursus asas yang penuh bermanfaat. Seperti kata pepatah, setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Sebelum semua peserta dan jurulatih berpisah, satu sesi fotografi diadakan.

Sekian, terima kasih.




latihan melarikan diri dari bangunan kebakaran


bawa mangsa menggunakan stretcher




latihan melemaskan api



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails