09 April 2011

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM BAHAGIAN 3 JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Pada 1 – 3 April 2011, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang telah melaksanakan satu perkhemahan kokurikulum bahagian 3 yang telah diadakan di PULAPA Jengka, Pahang. Ia adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dengan mengadakan latihan amali bagi pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3.

Perkhemahan ini dilakukan bersama jurulatih-jurulatih dari PULAPA yang dibantu oleh komander-komander Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang. Perkhemahan ini dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan berpandangan luas disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran bagi menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perkhemahan ini adalah aktiviti wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132) yang dianggotai seramai 45 orang. Perkhemahan tersebut telah menjalankan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh komander JPAM yang terlatih. Selain itu, aktiviti yang dijalankan di perkhemahan kokurikulum bahagian 3 seperti aktiviti simulasi yang dilakukan pada hari ahad 3 April 2011 jam 4 pagi yang melakukan satu lakonan yang dilakukan oleh setiap komander-komander JPAM seperti watak mangsa kebakaran, mangsa sakit, keluarga mangsa, pemberita, menteri dan orang gila. Aktiviti ini mempunyai markah tersendiri yang dinilai oleh komander JPAM. Dengan perkhemahan ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar kokurikulum bahagian 3, Komander JPAM serta jurulatih dari PULAPA Jengka. Alhamdulillah, perkhemahan kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini telah berjalan dengan lancar sekali.

Sekian, Terima Kasih.









Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails