05 November 2013

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1435H


Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kami warga daripada Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UiTM cawangan Pahang panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita diberi peluang meraikan Sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah. Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
Marilah kita berdoa supaya kehidupan pada tahun 1435 Hijrah ini untuk menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta segala dosa diampunkan olehNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat. Insyallah kita akan diberkhati dan dilimpahi rezeki serta dirahamati hingga keakhir hayat.

Disini terdapat lirik nasyid maal hijrah:
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails