14 Oktober 2009

Majlis Pemakaian Pangkat Komander JPAM Unit UiTM Pahang


Majlis Pemakaian Pangkat Dan Pelancaran Jurnal JPAM akan berlangsung pada 17 Oktober 2009 bersamaan hari Sabtu ini. Dijemput kepada semua warga kampus UiTM Pahang untuk memeriahkan lagi majlis. Terdapat juga persembahan formasi, demo rescue, pameran pertahanan awam dan banyak lagi.

08 Oktober 2009

Alumni Komander JPAM UiTM Pahang



Salam. Bagi merealisakan Alumni pertama Komander JPAM UiTM Pahang, proses mengumpul dan mengemaskini maklumat mantan-mantan komander sedang giat dilakukan. Mohon kepada mantan komander JPAM Unit UiTM Pahang untuk mengisi borang "online" seperti dibawah. Apabila butang submit ditekan, maklumat anda tidak akan dipaparkan kepada umum dan terus disimpan untuk rujukan pengurusan Alumni. Mohon kerjasama mantan-mantan komander supaya mengisi maklumat dengan tepat dan jelas. Perbincangan khas mengenai Alumni boleh rujuk di sini . Jutaan terima kasih diucapkan. Sekian.


19 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dari JPKPA UiTM Pahang


Jawatankuasa Perwakilan Komander JPAM Unit UiTM Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UiTM Pahang dan kepada semua pembaca Jurnal JPAM.

15 September 2009

MALAM AMBANG MERDEKA 2009

Seperti kebiasaan malam merdeka, satu sambutan iaitu perarakan pasti akan diadakan. Seramai 17 orang komander JPAM telah terlibat dalam perarakan itu. 
Pada petang 30 Ogos, satu raptai penuh diadakan. Perarakan ini diketuai oleh Komander dari KESATRIA. Para komander diarahkan unutk berarak sambil membawa bendera Malaysia. Selesai raptai, komander diarah kan untuk datang ke DSG tepat pukul 9.00 pagi.
Pada pukul 9 pagi, semua komander telah bersedia di hadapan DSG. Sebelum acara dimulakan, sesi pemanasan badan diadakan. Komander diarahkan berkawad sebelum acara dimulakan. Bagi memastikan sambutan ini berjalan dengan sempurna, satu lagi raptai diadakan dimana semua komander diarahkan untuk naik ke pentas bersama 52 bendera Malaysia yang melambangkan 52 tahun kita merdeka.
Menjelang detik 12 malam, semua komander diarahkan untuk bersedia. Pada jam 11.55 malam, semua komander bersedia di belakang pentas. Dan tepat 12 malam, sorakan dan laungan merdeka disertai dengan jalur-jalur gemilang menggamitkan kemeriahan dan semangat di dalam DSG. 
Dengan komitmen yang sepenuhnya telah diberikan, perarakan itu telah berjaya dilaksanakan tanpa masalah.
Semoga semua rakyat Malaysia mendapat keberkatan dari Allah sempena malam yang penuh bermakna ini.

14 September 2009

LATIHAN INTENSIF KOMANDER JPAM UITM PAHANG KALI 3/2009

Pada 2 Ogos2009,satu lagi latihan itensif diadakan. Latihan ini diadakan di hadapan DSG. Latihan intensif merupakan latihan rutin bagi komander JPAM UiTM Pahang yang dilakukan setiap hari minggu bagi meningkatkan tahap kemahiran masing-masing. Latihan intensif tidak terhad kepada satu-satu bidang sahaja tetapi merangkumi semua kemahiran yang terdapat JPAM seperti Mengawal Kebakaran, Pertolongan Cemas, Penyelamat teknikal dan lain-lain lagi.Latihan kali ini lebih tetumpu kepada pembelajaran silibus kokurikulum pelajar.
Latihan kali ini lebih tertumpu kepada latihan kawad kaki dimana latihan telah diketuai oleh Sarjan Solahuddin. Semua komander diberi tunjuk ajar tentang kawad. Dengan komitmen 100% yang diberikan, latihan kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails