19 Januari 2011

LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER PERINGKAT ZON TIMUR 2010

Pada 01 DISEMBER 2010, Unit Kokurikulum UiTM Pahang telah menganjurkan satu program badan beruniform UiTM Pahang iaitu Latihan Intensif Bakal Komander Peringkat Zon Timur (LIBK) bertempat di UiTM Pahang Kampus Jengka. Program ini turut disertai oleh UiTM Terengganu Kampus Chendering. Terdapat berberapa badan beruniform yang terlibat antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kesatria Negara, Badan Pertolongan Cemas (BPC) dan Brass Band. Latihan ini telah diadakan selama 10 hari, bermula 01 hingga 10 Disember 2010 dan program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Komander-Komander Kesatria Negara yang terlatih.





Pada 30 NOVEMBER 2010, sesi pendaftaran dan penginapan telah dibuka bagi peserta-peserta LIBK. Pada sebelah malam pula, sesi suai kenal bersama komander-komander yang terlibat telah dijalankan. Selain itu, para peserta turut diberi taklimat mengenai objektif program LIBK diadakan, serta mengenai aturcara yang akan berlaku sepanjang tempoh program tersebut berlangsung dan segala peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua peserta LIBK.

Pada hari pertama sehingga hari keempat, di mana waktu bermula latihan dari pagi sehingga tengah malam. Latihan dimulakan dengan senaman pagi selepas solat Subuh kemudian sarapan pagi. Selepas itu, latihan kawad kaki diadakan sehingga makan tengah hari bersambung semula selepas solat Zohor hingga ke petang. Selepas menunaikan solat Asar, aktiviti-aktiviti riadah dijalankan di padang. Pada sebelah malam, setelah selesai makan malam sesudah solat Isyak para peserta wajib mengikuti sesi taklimat dan ceramah bersama penceramah jemputan.








Hari yang kelima, pelajaran baru telah dijalankan iaitu pelajaran kawad tongkat yang telah diajar oleh para jurulatih. Pada sebelah malam, para peserta diberi taklimat tentang aktiviti perkhemahan yang akan diadakan pada esok hari iaitu 6 hingga 7 Disember 2010.





Pada hari yang seterusnya, aktiviti perkhemahan telah dilakukan di Gunung Senyum selama dua hari bermula 6 hingga 7 Disember 2010. Hari pertama perkhemahan,dimulakan dengan sesi taklimat mengenai perkhemahan, cara-cara hidup di dalam hutan, mempamerkan hasil-hasil kraftangan yang dihasilkan daripada sumber hutan, dan penerangan mengenai kawasan Gunung Senyum. Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan belajar cara-cara untuk mendirikan khemah dan seterusnya pelajaran mengenai ikhtiar hidup yang disampaikan. Di sebelah malam pula, aktiviti jalan lasak dilakukan di kawasan ladang kelapa sawit dalam keadaan cuaca hujan. Pada keesokan hari yang ketujuh, sesi belajar mengenai acara aktiviti disambung lagi dengan melawat gua-gua serta  menyaksikan panoramayang sungguh indah dan menyegarkan yang terdapat di kawasan Gunung  Senyum, antaranya Gua Terang Bulan. Pada sebelah malam setelah balik dari perkhemahan, para peserta telah menjalani satu ujian teori.









Pada hari kelapan pula, ujian mengajar skuad oleh para peserta telah diadakan di padang kawad, Padang Integrasi UiTM Pahang. Ujian ini telah dijalankan dari pagi hingga ke petang dimana peserta hendaklah melakukan secara individu mengikut kumpulan masing-masing. Aspek pemarkahan ujian ini diambil kira melalui kelantaran suara, jelas, bahasa hukuman yang betul dan disiplin diri. Pada waktu malam pula, telah diadakan latihan raptai untuk majlis penutupan program LIBK.




Pada hari kesembilan, aktiviti gotong-royong telah diadakan padang kawad pada waktu pagi untuk membersihkan kawasan sekitar Padang Integrasi bagi menyempurnakan majlis perasmian dan penutupan LIBK. Manakala, latihan raptai disambung lagi pada waktu petang kemudian bersambung pada waktu malam. Selepas itu, para peserta disediakan dengan satu jamuan makan malam bersama para jurulatih dan komander sebagai majlis perpisahan.


Pada pagi hari terakhir 10 Disember 2010, telah berlangsung sesi majlis perasmian seterusnya diikuti dengan majlis penutupan Latihan Intensif Bakal Komander Zon Timur bagi tahun 2010 (LIBK). Majlis ini dihadiri oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang, Prof. Madya Dato’ Dr. Hj Hilmi Ab Rahman dan para div-div jemputan. Majlis tersebut dimulai dengan menanti ketibaan kehormat pengarah kampus seterusnya disusuli dengan agenda-agenda majlis sehingga diakhiri dengan upacara perasmian penutupan program LIBK.
 









 Sekian, terima kasih.

12 Januari 2011

PERHIMPUNAN KOR SISPA UiTM


PERHIMPUNAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM (KOR SISPA) IPTA/S PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA TAHUN 2010.

Pada 12 - 16 Disember 2010 buat julung kalinya, Perhimpunan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) IPTA/S Peringkat Kebangsaan telah diadakan. UiTM Shah Alam, Selangor sebagai tuan rumah selama seminggu di sana.
Perhimpunan ini melibat 16 buah IPTA/S seluruh negara antaranya UTHM, UNIKL dan UM. Pelbagai aktiviti telah diadakan dengan meriah antaranya:

1. Pertandingan Kemahiran (mewakili Universiti Sains Malaysia):
...1.1 Kemahiran Menyelamat
...1.2 Kemahiran Melawan Kebakaran
...1.3 Kemahiran Kawad Kaki

2. Forum Kesukarelawanan Mahasiswa
3. Aktiviti gotong-royong
4. Explorace (campuran IPTA/S)
5. Derma darah
6. Pentauliahan Pangkat Pegawai Kor SISPA (Leftenen Muda)
7. Penyampaian Watikah Pelantikan Pegawai Kehormat & Pegawai Bersekutu Kor SISPA
8. Pelancaran Kor SISPA Peringkat Kebangsaan

Selain itu, aktiviti antara IPT juga diadakan, Kontijen Pahang yang menghantar seramai 30 orang telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan futsal. Tahniah kepada Kontijen Pahang di atas bakat yang terpendam dan mempunyai semangat berpasukan yang kuat antara satu sama lain! Disamping mendapat pengalaman yang banyak, perhimpunan ini juga telah memberi ruang kepada anggota untuk menambah kenalan dan mengeratkan silaturahim antara kalangan SISPA dari institusi lain. Diharap aktiviti ini dapat diadakan lagi supaya SISPA menjadi satu pasukan yang kuat dan terlatih.

Sekian, terima kasih.





          

    KONTIJEN 
   PAHANG

 



24 Oktober 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUASA DAN MAKAN MALAM JPAM UITM PAHANG

Pada 3 Oktober 2010, satu Majlis Makan Malam telah diadakan bagi meraikan komander-komander yang bakal menghabiskan pengajiaan mereka pada penghujung semester ini iaitu Komander Zulfahmi, Komander Saleha, Komander Haziqah, Komander Anuar, Komander Abdullah, Komander Amirul, Komander Aiman dan Komander Maisarah. Majlis makan malam tersebut disertakan dengan Majlis Penyerahan Kuasa Komander  Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang.Majlis tersebut bertempat di Mercu View Resort, Jengka jam 8.30p.m dan berakhir pada 11.00p.m. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Komander dan Bakal Komander Jabatan Pertahanan Awam unit UiTM Pahang. Majlis turut menjemput pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam (PULAPA Jengka) iaitu Tuan Razak, Tuan Abdul Aziz dan En.Sairon Aripin. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Razak. Selepas upacara perasmian, majlis diserahkan kepada mantan YDP Komander Zulfahmi bagi mengetuai Majlis Penyerahan Kuasa. Maka, lahirlah majlis tertinggi yang baru bagi menggantikan majlis tertinggi yang lama. Jawatan kuasa majlis tertinggi yang baru telah disandang oleh mereka ;

  • Jawatan YDP yang baru telah diberi kepada Komander Khairul Hafizuddin Bin Abdul Rahman.
  • Jawatan NYDP diberikan kepada Komander Nur Hidayah Binti Mohd Nawi.
  • Jawatan setiausaha Komander Nursyawalna binti Mohamed Kamil.
  • Jawatan bendahari diberikan kepada Komander Hayatul Nuffus Binti Mat Nawi.
  • Jawatan Sarjan diberikan kepada Komander Norjuhaida Binti Amran. 
  • Jawatan Rejimen Sarjan Muda (RSM) Komander Nur Atiqah Binti Mohamad Sharif.
Setelah berakhirnya upacara penyerahan kuasa, bermulalah pentadbiran baru semester hadapan oleh ahli jawatan kuasa baru.Selepas berakhirnya majlis tersebut, para tetamu dijemput menikmati makanan yang disediakan. Semasa tetamu sedang menjamu selera makanan yang lazat-lazat, mereka telah dihiburkan oleh beberapa persembahan dari bakal-bakal komander dan komander baru. Kesemua bakal komander dan komander baru telah menyampaikan 3 buah lagu dan di akhir persembahan kami telah dihiburkan dengan sebuah lagu dari barisan mantan komander.

Majlis tersebut kemudiannya telah dihangatkan lagi dengan acara pertukaran hadiah dimana komander dan bakal komander saling bertukar hadiah dalam acara cabutan bertuah. Ada diantara mereka yang mendapat hadiah yang kecil dan ada juga yang mendapat hadiah yang besar. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Tahniah diucapkan kepada mereka yang membawa pulang hadiah yang besar hehehe....tak lupe juga yang mendapat hadiah yang kecil janganlah berkecil hati, lain kali boleh cuba lagi..hihhi...tepat jam 11.00p.m majlis tamat. Sebelum beransur pulang kami sempat mengadakan sesi fotografi bersama mantan komander dan bakal-bakal komander sebagai kenang-kenangan. Kepada mantan-mantan yang bakal meninggalkan kami, semoga berjaya dan jangan lupakan kami disini. Jasamu dikenang. Terima Kasih.

Sekian. wassalam.











16 April 2010

MAKSIMA RAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PELAJAR KO

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SATU JPAM,


Pada 20,21 dan 22 Mac 2010, Sukan Integrasi Antara Ko dan Malam Aspirasi Mahasiswa (MAKSIMA) telah dianjurkan. Sukan ini bertujuan merapatkan lagi ukhuwah antara pelajar ko selain menggilap bakat-bakat yang ada pada pelajar ko. Sukan ini menggabungkan semua pelajar ko dari semua Unit Beruniform dimana melibatkan Kesatria,BSMM,JPAM dan BRASSBAND. Edisi kali ini diketuai oleh Komander JPAM dimana pengarah program yang dilantik adalah YDP JPAM sendiri, Komander Fahmi. Aktiviti ini diadakan selama 3 hari dimana 2 hari adalah untuk acara sukan dan satu malam diperlukan bagi majlis penutup dan persembahan kebudayaan.

Pada hari pertama, iaitu 20 Mac 2010, Sabtu, aktiviti telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diadakan di dataran integrasi. Walaupun hujan turun, namun ia tidak memberi kesan kepada kemeriahan aktiviti ini. Selepas senamrobik, semua pelajar ko diminta ke Kompleks Sukan untuk memulakan acara sukan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Futsal (laki dan wanita), Bola Tampar (lelaki) dan Bola Jaring. Perlawanan diadakan secara timbal balik.Disebabkan semuanya berjalan dengan lancar, semua acara pada pagi itu telah tamat lebih awal dari yang dijangka.Sesi pagi telah ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari dan disambung pada pukul 2.15pm bagi acara akhir.














Pada hari kedua, sedikit perubahan dilakukan. Raptai unutk malam kebudayaan telah diadakan. Ini bagi melancarkan lagi malam penutup dan kebudayaan nanti. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar ko, hari ke-2 juga telah disempurnakan dengan baik.













Pada 22 Mac 2010, tepat pukul 8pm, semua pelajar ko telah berkumpul di dataran integrasi. Ini bagi memeriahkan lagi malam kebudayaan dan penutup bagi MAKSIMA. Pada malam itu, pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar ko. Semuanya menunjukkan bakat yang selama ini terpendam tanpa di serlahkan. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar dan tirai MAKSIMA telah ditutup dengan jayanya. Semoga edisi akan datang menjadi lebih baik dari edisi kali ini.


Dan kepada semua pelajar Ko, diucapkan ribuan terima kasih kerana dengan kerjasama yang diberikan, MAKSIMA kali ini berjaya disempurnakan dengan izin-Nya. Kepada yang menang, diucapkan tahniah dan yang kurang bernasib baik, cuba lagi edisi akan datang.
Sekian, terima kasih.

SEDIA,PANTAS,BERINTEGRITI
JPAM UNTUK SEMUA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails