23 April 2009

MAJLIS MAKAN MALAM JPAM UNIT UITM PAHANG

Telah diadakan majlis makan malam JPAM Unit UiTM Pahang, bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang. Majlis ini diadakan pada 9.00 malam pada tarikh 10 April 2009. Para komander yang telah dibahagikan tugas telah menjalankan tugas dengan jayanya bagi menjalankan majlis ini. Majlis ini diadakan di Hotel Seri Malaysia dengan pertama kalinya diadakan di luar kampus UiTM Pahang.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan mantan-mantan yang bakal menamatkan pengajian mereka di UiTM Pahang, selain memberikan sijil penghargaan kepada mantan dan juga para jurulatih yang tidak mengenal erti penat untuk mengajar ilmu-ilmu yang berguna kepada Komander UiTM Pahang dan juga pelajar Ko Kurikulum Pertahanan Awam UiTM Pahang.
Pada petang 10 April 2009, komander dari bahagian persiapan tempat telah bergerak awal ke hotel tersebut untuk menyiapkan dan menghias sedikit tempat tersebut. Setelah siap, komander menunggu sehingga waktu 8.30 malam untuk menyambut ketibaan jurulatih dan komander-komander yang lain. Tetapi pada pukul 7.30 malam, bekalan elektrik terputus di kawasan Temerloh. Komander yang berada disitu sangat resah mengenangkan perkara yang berlaku, termasuklah pihak pengurusan hotel tersebut. Syukur pada tuhan, pada pukul 8 malam, bekalan elektrik disambung seperti biasa.
Tepat pukul 9.00 malam, majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh RSM Muhammad Solahuddin. Pengacara majlis pada malam itu ialah KMRM Muhammad Zulfahmi B Mesran dan KMRM Haziqah bt Md Nasir. Kemudian, penyelaras KO JPAM Unit UiTM Pahang, Lt. Muda (PA) Sairun Aripin b Idon memberikan ucapan yang amat bermakna pada para komander sekalian.
Setelah itu, makan malam pun bermula dan diselingkan sekali dengan sedikit aktiviti seperti cabutan bertuah, penyampaian sijil dan persembahan khas dari bakal komander. Setelah itu, sambutan hari lahir pada mereka yang lahir pada bulan april pula menyusul, mereka ialah Lt. Muda (PA) Muhammad Nursyazwi b Abd Majid, KMK Norkhairuzan bt Saharuddin dan BK Norsyawalna bt Mohamed Kamil. Sesi bergambar pula menyusul sebelum acara majlis tamat dengan rasminya. Kami pulang ke UiTM Pahang, pada pukul 12 tengah malam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails