23 April 2009

MALAM ASPIRASI KEBUDAYAAN DAN SUKAN INTEGRASI KO MAHASISWA (MAKSIMA 09)

Pada tarikh 14, 15 dan 17 hb telah diadakan satu aktiviti bersama antara unit2 KO iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia unit UiTM Pahang (JPAM), Kesatria Negara, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Brass Band. Aktiviti tersebut adalah Malam Aspirasi Kebudayaan dan Sukan Integrasi KO Mahasiswa ataupun nama pendeknya MAKSIMA. Kesemua pelajar KO dari semester 1 dan semester 2 dan Para komander dari ketiga-tiga unit ko telah terlibat dalam program ini. MAKSIMA adalah sebuah program untuk pelajar semester 1 dan semester 2. Sebagai penuntut yang masih baru di UiTM Pahang , mereka masih belum terdedah dengan suasana kampus. UiTM Pahang sendiri berhasrat untuk melahirkan siswa siswi yang menyeluruh dari segi akademik, sukan dan personaliti. Sukan dan aktiviti yang bakal dianjurkan ini amat bertepatan dengan hasrat tersebut dalam membantu pihak universiti melahirkan siswa siswi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selain itu, program ini dapat lagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kesemua unit-unit ko dalam UiTM Pahang.
MAKSIMA juga dianjurkan secara bergilir-gilir, dimulai dengan Unit Kesatria Negara dan pada tahun ini Bulan Sabit Merah Malaysia pula menjadi pengelola. MAKSIMA terdiri daripada 2 bahagian iaitu sukan dan malam kebudayaan. Aktiviti Sukan telah diadakan pada 14 dan 15 hb bertempat di Kompleks Sukan UiTM Pahang. Pada awal pagi, tepat 8.00 am, dimulakan dengan acara senamrobik diketuai oleh BSMM. Kemudian, acara sukan yang terdiri dari 3 permainan iaitu, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar. Pada acara sukan, JPAM unit UiTM Pahang berjaya mendapat kemenangan majoriti.
Pada 17hb pula, aktiviti Malam Kebudayaan menyusul. Unit KO masing-masing perlu membuat persembahan mengikut acara yang telah diundi. JPAM unit UiTM Pahang telah diundi untuk membuat persembahan boria. JPAM unit UiTM Pahang, berjaya mendapat tempat ketiga pada acara persembahan kebudayaan. Pada malam itu juga, telah diadakan acara penyampaian hadiah dan persembahan multimedia. Tempat pertama bagi acara keseluruhan jatuh kepada unit Kesatria Negara, kedua Bulan Sabit Merah Malaysia, Ketiga JPAM unit UiTM Pahang dan keempat Brass Band.
Keseluruhannya, aktiviti ini berjaya dijalankan dengan lancar dan tanpa banyak halangan-halangan besar. Pada tahun hadapan pula, JPAM unit UiTM Pahang pula akan menjadi pengelola bagi program ini. Diharap kan agar para komander JPAM unit UiTM Pahang dan juga para komander dari unit-unit lain dapat memberikan kerjasama lantas dapat menjadikan objektif MAKSIMA tercapai dengan jayanya. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kerana berjaya menganjurkan program ini dengan baik sekali. Diharapkan pada masa-masa akan datang, acara seperti ini dapat berjalan dengan baik dan lancar sekali.
TAHNIAH KEPADA SEMUA KOMANDER KOKURIKULUM UiTM PAHANG DIATAS KERJASAMA YANG MEMBANGGAKAN DALAM MENGANJURKAN MAKSIMA INI. DIHARAP KERJASAMA YANG SAMA DICURAHKAN PADA MAKSIMA AKAN DATANG.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails