Pada 8 April 2011, telah diadakan satu Majlis yang dinamakan Majlis Makan Malam Dan Majlis Perpisahan Komander Sispa unit UiTM Pahang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Majlis ini dan bakal komander telah dibahagikan tugas masing-masing untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan mantan-mantan yang bakal menamatkan pengajian mereka di UiTM Pahang.
Pada petang hari, sebelum berlangsungnya majlis makan malam, para komander dibahagikan tugas-tugas mereka dalam bahagian persiapan tempat untuk membersihkan dan mengemaskan sedikit sebanyak kawasan tersebut. Pada jam 8.15 malam, div-div jemputan telah hadir ke majlis tersebut dengan menunggu semua komander dan bakal komander hadir untuk meriahkan majlis tersebut. Sejurus selepas itu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh bakal komander iaitu Muhamad Wali Yuddin Bin Hamzah. Pengacara majlis pada malam tersebut ialah Komander Najiah Binti Mohd Bohri dan Komander Muhammad Fathi Yakan Bin Naseridin. Selepas itu, ucapan sepatah dua kata yang dimulakan dengan penyelaras KO JPAM Unit UiTM Pahang, Lt. Muda (PA) Sairun Aripin Bin Idon, YDP Komander Khairulanwar Bin Abdul Karim, dan akhir sekali Mantan YDP Komander Khairul Hafizuddin Bin Abdul Rahman yang telah memberikan ucapan yang amat bermakna pada para komander sekalian. Setelah itu, makan malam pun bermula dan diselingkan sekali dengan pemberian sijil-sijil seperti sijil penghargaan berkhidmat dalam organisasi JPAM unit UiTM Pahang untuk mantan-mantan dan para komander laksanakan dan juga sijil perlantikan KOMANDER KOR SISPA UNIT UiTM PAHANG. Sementara itu, mantan-mantan komander telah memberikan satu cendera hati kepada para jurulatih yang tidak mengenal erti penat lelah dengan memberikan ilmu-ilmu yang berguna kepada Komander UiTM Pahang dan juga pelajar Ko Kurikulum Pertahanan Awam UiTM Pahang. yang memberikan tunjuk. Selain itu, sedikit sebanyak aktiviti telah dilaksanakan seperti cabutan bertuah dan persembahan khas dari para komander baru dan bakal komander. Para komander juga telah merancang suatu kejutan kepada mantan-mantan komander dengan sebuah kek untuk menyambut ulang tahun memeganag jawatan sebagai komander hingga tamat pengajian. Sesi bergambar pula menyusul sebelum majlis tamat.
Sekian, Terima Kasih.
13 April 2011
09 April 2011
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM BAHAGIAN 3 JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
Pada 1 – 3 April 2011, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang telah melaksanakan satu perkhemahan kokurikulum bahagian 3 yang telah diadakan di PULAPA Jengka, Pahang. Ia adalah bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran dengan mengadakan latihan amali bagi pelajar-pelajar kokurikulum bahagian 3.
Perkhemahan ini dilakukan bersama jurulatih-jurulatih dari PULAPA yang dibantu oleh komander-komander Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang. Perkhemahan ini dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan berpandangan luas disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran bagi menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perkhemahan ini adalah aktiviti wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132) yang dianggotai seramai 45 orang. Perkhemahan tersebut telah menjalankan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh komander JPAM yang terlatih. Selain itu, aktiviti yang dijalankan di perkhemahan kokurikulum bahagian 3 seperti aktiviti simulasi yang dilakukan pada hari ahad 3 April 2011 jam 4 pagi yang melakukan satu lakonan yang dilakukan oleh setiap komander-komander JPAM seperti watak mangsa kebakaran, mangsa sakit, keluarga mangsa, pemberita, menteri dan orang gila. Aktiviti ini mempunyai markah tersendiri yang dinilai oleh komander JPAM. Dengan perkhemahan ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar kokurikulum bahagian 3, Komander JPAM serta jurulatih dari PULAPA Jengka. Alhamdulillah, perkhemahan kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini telah berjalan dengan lancar sekali.
Sekian, Terima Kasih.
Perkhemahan ini dilakukan bersama jurulatih-jurulatih dari PULAPA yang dibantu oleh komander-komander Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) unit UiTM Pahang. Perkhemahan ini dapat melahirkan individu atau pasukan yang mampan dan berpandangan luas disamping mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran bagi menjadikan mereka rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perkhemahan ini adalah aktiviti wajib bagi pelajar kokurikulum Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bahagian 3 (HBU132) yang dianggotai seramai 45 orang. Perkhemahan tersebut telah menjalankan satu ujian kawad kaki yang dinilai oleh komander JPAM yang terlatih. Selain itu, aktiviti yang dijalankan di perkhemahan kokurikulum bahagian 3 seperti aktiviti simulasi yang dilakukan pada hari ahad 3 April 2011 jam 4 pagi yang melakukan satu lakonan yang dilakukan oleh setiap komander-komander JPAM seperti watak mangsa kebakaran, mangsa sakit, keluarga mangsa, pemberita, menteri dan orang gila. Aktiviti ini mempunyai markah tersendiri yang dinilai oleh komander JPAM. Dengan perkhemahan ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama pelajar kokurikulum bahagian 3, Komander JPAM serta jurulatih dari PULAPA Jengka. Alhamdulillah, perkhemahan kokurikulum bahagia 3 untuk semesta ini telah berjalan dengan lancar sekali.
Sekian, Terima Kasih.
17 Mac 2011
18 Februari 2011
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT KOMANDER UiTM PAHANG
Pada 14 Februari 2011, telah diadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi komander lama dan komander baru yang melibatkan kesemua unit beruniform UiTM Pahang seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Kesatrian Negara dan Badan Pertolongan Cemas (BPC). Majlis tersebut berlangsung pada sebelah petang sesi latihan kor pelajar part 1 di Dataran Integrasi. Majlis ini dirasmikan oleh div-div jemputan seramai 6 orang yang telah menyempurnakan majlis tersebut, setelah acara pemakaian pangkat bagi barisan komander selesai ucapan sepatah dua kata dari div jemputan secara langsung dan merasmikan majlis tersebut. Majlis Pemakaian Pangkat telah bermula pada jam 5.30 petang dan berakhir kira-kira jam 6.30 petang. Tahniah diucapkan kepada barisan komander SISPA yang menerima pangkat secara langsung atau tidak langsung kerana berusaha untuk menjayakan majlis tersebut.
Sekian, terima kasih.
KURSUS ASAS SESI 1/2011
Pada 28 sehingga 30 Januari 2011, bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPA) telah diadakan satu Kursus Asas Sesi 1/2011 yang melibatkan seramai 34 komander JPAM unit UiTM Pahang dan beberapa ahli sukerela daripada sekitar Jengka, Pahang yang turut serta menjayakan kursus asas ini. Kursus tersebut, bermula dengan pendaftaran untuk semua peserta pada hari pertama. Pada sebelah petang, taklimat tentang aktiviti yang akan berlangsung sepanjang kursus asas dijalankan dan pada sebelah malamnya pula, telah bermulanya aktiviti iaitu sesi praktikal menyelamatkan diri dari bangunan terbakar.
Keesokan harinya, 29 Januari 2011, pada pagi yang indah kesemua peserta dikehendaki berkumpul dan sesi menaikkan bendera disertakan dengan nyanyian lagu dan selepas itu latihan kawad kaki diadakan dimana aktiviti ini akan diadakan pada setiap pagi sepanjang kursus tersebut. Selepas menaikkan bendera dan latihan kawad kaki, kesemua komander telah melakukan praktikal menyelamat di mana komander harus mengikat mangsa dan membawa mangsa menggunakan stretcher melalui tangga, bukit serta menurunkan mangsa dari tempat tinggi. Di sebelah petangnya pula, kesemua peserta telah meredah hutan berhampiran dengan PULAPA, melalui 6 anak sungai termasuk selut dan paya, pelbagai ragam yang dapat kami saksikan. Pada sebelah malam, aktiviti seterusnya ialah praktikal ikatan dan simpulan yang mempunyai 11 ikatan.
Pada hari ketiga, 30 Januari 2011, pagi ahad aktiviti iaitu teori dan disertakan dengan praktikal CPR dan tercekik (choking), yang dapat memberikan tunjuk ajar kepada semua peserta bagaimana menyelamatkan orang yang terhenti pernafasan atau tercekit (choking). Selepas itu, aktiviti terakhir telah dijalankan walaubagaimanapun pada waktu hujan kesemua peserta tetap melakukan teori dan praktikal melawan kebakaran seperti melemaskan dan menyejukkan api. Walaupun penat dan keadaan tidak mengizinkan tapi kesemua peserta berasa seronok dapat menimba ilmu dan pengalaman sepanjang kursus asas tersebut. Pada jam 12.30, majlis penutup Kursus Asas Sesi 1/2011 telah berlangsung dan berakhir selama sejam yang diserta dengan sijil menandakan tamatnya kursus asas yang penuh bermanfaat. Seperti kata pepatah, setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Sebelum semua peserta dan jurulatih berpisah, satu sesi fotografi diadakan.
Sekian, terima kasih.
| latihan melarikan diri dari bangunan kebakaran |
| bawa mangsa menggunakan stretcher |
| latihan melemaskan api |
Langgan:
Catatan (Atom)




