29 September 2013

BENDERA RASMI KOR SISWA SISIWI PERTAHANAN AWAM IPT SE MALAYSIA

Pada 23 Ogos 2013, satu lagi sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya bendera rasmi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Malaysia di lancarkan selepas penubuhan Kor SISPA pada tahun awal tahun 2009 .Bendera itu juga mencipta satu lagi sejarah apabila dikibarkan buat kali pertama di Dataran Kawad Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan didedahkan akan reka bentuk sebenar bendera tersebut di hadapan Pegawai Pegawai tertinggi JPAM dan Kor SISPA seluruh Malaysia.Bendera tersebut dianggap sebagai satu simbol dan lambang rasmi Kor SISPA dan juga berperanan menzahirkan perpaduan dan semngat setiakawan dan kesukarelawanan dalam jiwa setiap mahasiswa.Bendera ini juga akan menjadi bendera rasmi kepada seluruh Kor SISPA dan akan digunakan setiap kali acara rasmi Kor SISPA di Jalankan.


Rupa bentuk bendera tersebut seakan akan menyerupai reka mentuk bendera rasmi Pertahanan Awam Malaysia, namun kemudian diolah agar bertepatan dan bersesuaian dengan kedudukan Kor SISPA itu sendiri.Bendera tersebut telah dikibarkan selama seminggu didataran Kawad UTHM sebelum di turunkan dan diserahkan kepada Tuan Rumah Majlis Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaa Kor SISPA Kali ke -5 di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi pada tahun 2014.


Laporan oleh

Lt M (PA) Khairulanwar Bin Abdul Karim
(Pemangku P.R.O Kor SISPA UITM Pahang)



















Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails