28 September 2013

MAJLIS PENTAULIAHAN DAN PERHIMPUNAN KEBANGSAAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM KALI KE -4

Tarikh: 23 Ogos 2013 - 27 Ogos 2013

Tempat: Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor

V.I.P / Pegawai: Kapt. Bersekutu (PA) Norhazlan Bin Nordin 
                           (Pegawai Pentadbiran Kor SISPA UiTM Pahang),

                            Kapt Bersekutu (PA) Mohd Rizal Bin Razak 
                           (Pegawai Akademik Kor SISPA UiTM Pahang)

                            Lt M (PA) Sairun Aripin Bin Idon 
                            (Pegawai Penyelaras Kor SISPA UiTM Pahang)

Untuk sekalian kalinya, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UiTM Pahang (Kor SISPA) telah menyertai MAJLIS PENTAULIAHAN DAN PERHIMPUNAN KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM KALI KE 4 YANG TELAH DIADAKAN PADA 23 - 27 OGOS 2013. Perhimpunan tersebut telah diadakan di UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA BATU PAHAT JOHOR.Seramai lebih 1300 peserta telah menyertai majlis ini  yang terdiri daripada pegawai dan Pegawai Kadet SiSPA (PKS) dari lebih 22 IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.




              Bergambar kenang- kenangan bersama Pegawai Kanan Kor SISPA UiTM Pahang dan PKS


Pada perhimpunan kali ini juga, Kor SISPA UiTM Pahang telah diberikan kepercayaan sekali lagi untuk membawa nama UITM Malaysia untuk mewakili Pertandingan Melawan Kebakaran bagi kali ke 3.Sebanyak lebih 15 pasukan MK dari semua universiti yang menghantar wakil telah bertanding bagi pertandingan Kemahiran yang merupakan perhatian utama pada setiap kali perhimpunan ini berlangsung.
Pasukan MK UITM Pahang menghantar wakil seramai 7 orang anggota sebagai peserta melawan kebakaran yang terdiri daripada:

PKS Kanan Muhammad Affan
PKS Ketua Platun Senior Muhammad Fahazim
PKS Senior Muhammad Hafiz
PKS Senior Izreyna
PKS Pertengahan Muhammad Hafiz 
PKS Muda Norhidayah
PKS Muda Nur Atikah

Jurulatih: Lt M (PA) Sairun Aripin B Idon (Ketua Jurulatih)
              Lt M (PA) Muhammad Fidraus Bin Alias


                  Barisan PKS yang mewakili UITM Malaysia untuk pertandingan Melawan Kebakaran

Namun nasib tidak menyebelahi Pasukan Kor SISPA UiTM Pahang kerana sekadar mendapat tempat ke 4 dari 15 pasukan yang bertanding bagi pertandingan ini.Apa pun jua, sekalung tahniah dan syabas Pasukan Melawan Kebakaran Kor SISPA UiTM Pahang kerana telah menunjukkan daya juang dan semangat bertanding yang tinggi.

Disamping itu juga apa yang membanggakan adalah, wakil UiTM Malaysia iaitu Lt M (PA) Muhammad Fidraus Bin Alias dari UiTM Pahang telah diberikan tanggungjawab dan amanah untuk menjadi Ketua Kontinjen bagi Program Khidmat Masyarakat yang disertai oleh Universiti Malaysia Kelantan,Universiti Teknologi MARA Malaysia, dan Universiti Antarabangsa Nilai yang telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Sri Pandan Mukim 8 Batu Pahat Johor.Turut hadir pada program ini adalah YAS Penolong Pesuruhjaya (PA) Roslan Bin Wahab.Dibawah disertakan beberapa gambar sekitar aktiviti program ini berjalan.





Penyampaian Cenderahati kenang kenangan kepada Guru Besar Sekolah Rendah Agama Sri Pandan oleh YS PPj Roslan Bin Wahab.

Disamping itu juga dibawah disertakan beberapa gambar sekitar 5 hari majlis Perhimpunan dan Pentauliahan ini berlangsung.
 







Kesimpulannya..Majlis Perhimpunan dan Pentuliahan Kali ini adalah amat bermakna dan merupakan kenangan terindah kepada semua PKS yang berhimpun dan berkampung disini.Walaupun hanya selama 5 hari disana, namun ikatan ukhwah dan silatur rahim antara Pegawai pegawai dan PKS PKS seluruh SISPA se Malaysia menjadi amat rapat dan akrab.Semoga perhubungan antara semua Kor SISPA seluruh unuversiti menjadi lebih kuat dan akrab.Semoga berjumpa lagi di MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PENTAULIAHAN KALI KE 5 DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI PADA TAHUN 2014.

Laporan disediakan oleh:
Lt M (PA) KHAIRULANWAR BIN ABDUL KARIM







Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails