28 September 2013

REFRESHING PEGAWAI PASUKAN KOR SISPA UITM PAHANG 2013 (PEGAWAI KOR SISPA IJAZAH)

TARIKH: 20 - 22 September 2013
TEMPAT: Kompleks Belia Dan Sukan Maran & Hutan Lipur Teladas & Maran
VIP/ PEGAWAI: Sjn Mejar  Muda (Wakil IPD Trafik Daerah maran) (Perasmi)
                            Lt M (PA) Roszaharni (PPAD Maran)

Pada tanggal 20, 21 dan 22 September 2013, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UiTM Pahang (Kor SISPA) telah di jemput oleh Pejabat Unit Pertahanan Awam Jengka untuk menyertai Kursus Asas Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang dianjurkan oleh Majlis Belia dan Sukan Daerah Maran dengan kerjasama  Pejabat Daerah Pertahanan Awam Maran Pahang. Program tersebut disertai oleh seramai 40 belia dan pelajar pelajar sekolah dari sekitar daerah Maran yang terpilih untuk menyertai program ini.Kor SISPA UiTM Pahang dijemput untuk menjadi pemerhati pada program ini.Seramai 4 orang Pegawai Pasukan Kor SISPA yang terdiri daripada Lt M (PA) Khairulanwar, LtM (PA) Suraya, Lt M (PA) Amir Sabirin dan Lt M (PA) Muhammad Fidraus telah dijemput untuk program ini.Tujuan program ini di sertai oleh Pegawai pasukan Kor SISPA UiTM Pahang adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara PDPA Maran dan Kor SISPA UiTM Pahang. Disamping itu, tujuan lain adalah untuk memberi refeshing kepada pegawai pasukan Kor SISPA tentang ilmu pertahanan awam,sejajar dengan pelbagai perkembangan ilmu yang pesat dalam JPAM.

Selain itu juga, penyertaan pegawai SISPA dalam program ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu tambahan tentang ilmu pengurusan pasukan yang berkesan dari segi dalam kelas kuliah pengajaran,pengurusan pasukan dalam survival hutan dan pengurusan dalam latihan dalam Kumpulan (LDK).










Terima kasih juga di ucapkan kepada SM (PA) Mohd Nazan Bin Mohd Tahir atas kesudian pihak tuan sudi menjemput kami untuk ke program berkenaan.Semoga program seperti ini akan lebih banyak diadakan di masa hadapan dan akan mengeratkan lagi hubungan antara unit dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Maran.(En Nazan ajar sikit sikit ilmu PASPA beliau..mmg terbaik)

Laporan disediakan oleh

Lt M(PA) Khairulanwar Bin Abdul Karim

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails